June 16, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Feby Putri Kembali Gegar Zepp Kuala Lumpur dengan Konsert “Hitam Putih” pada 19 Julai 2025

Spread the love

Penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Indonesia, Feby Putri, akan kembali menemui peminat Malaysia menerusi konsert terbaharunya yang bertajuk “Feby Putri Vol.3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur” pada Sabtu, 19 Julai 2025, bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Ini merupakan kemunculan ketiga Feby Putri di Malaysia, selepas persembahan sulungnya pada tahun 2023 dan konsert penuh pada tahun lalu yang juga berlangsung di lokasi sama. Kedua-dua penampilan terdahulu menerima sambutan hangat, dengan peminat setia mula beratur seawal tengah hari demi mendapatkan tempat terbaik.

Konsert kali ini menjanjikan pengalaman muzik yang lebih mendalam apabila Feby membawakan karya-karya daripada album keduanya, “Hitam Putih”, selain lagu-lagu popular dari album sulung “RIUH”. Album “Hitam Putih” menampilkan sisi peribadi dan refleksi kehidupan Feby yang merangkumi pelbagai fasa emosional, termasuk pengalaman merantau serta perjalanan jatuh bangun sebagai anak seni.

Konsert ini turut mengetengahkan susunan muzik akustik dan balada yang menjadi kekuatan Feby sejak awal kemunculannya, sekaligus memperkukuh reputasinya sebagai salah satu solois muda paling berpengaruh di rantau ini.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang bermula dengan kategori HALU – RM159 (Standing – Zon Belakang), HITAM PUTIH – RM189 (Standing – Zon Hadapan), USIK – RM209 (Tempat Duduk Biasa), DIRI – RM259 (Tempat Duduk Premium), VIP BOX – RM359/pax (10 pax satu kotak) + Barangan Eksklusif dan MEET & GREET – RM179 (Termasuk sesi eksklusif dan cenderamata)

Konsert ini dibawakan oleh Miebird Projects, dengan pengurusan produksi oleh Blackcat Asia, publisiti oleh OPR Network, dan akan berlangsung di lokasi premium hiburan Malaysia, Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh didapati melalui laman rasmi penjualan di www.ilassotickets.com/febyvol3.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page