November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Fear Factory Seharusnya Mengeluarkan Rilisan Terbaharu Tahun Ini – Dino Cazares

Gambar diambil dari laman Facebook rasmi Fear Factory

Spread the love

Peminat Fear Factory pasti boleh mengharapkan untuk mendengar muzik baharu daripada kumpulan itu pada tahun 2024 kerana menurut Dino Cazares yang merupakan ketua dan gitaris kumpulan tersebut, Fear Factory seharusnya “sekurang-kurangnya perlu mengeluarkan mengeluarkan sebuah single sebelum akhir tahun ini”.

Ini adalah kerana semasa temuramah dengan Majalah Brutal Planet, Dino telah membincangkan rancangan kumpulan tersebut untuk membuat album studio baru pada tahun 2024, dan usaha ini akan menjadi album pertama Fear Factory dengan vokalis terbaharu mereka, Milo Silvestro, yang berasal dari Itali dan secara rasminya telah diterima dan diumum sebagai anggota Fear Factory pada Februari tahun lepas (2023).

“Kami ingin mencuba untuk melancarkan sesuatu secepat mungkin, tetapi mungkin akan mengambil masa kerana kami mempunyai banyak tarikh untuk bermain pada jelajah tour yang akan datang. Jika anda pergi ke fearfactory.com dan lihat tarikh tour kami, anda akan melihat bahawa tarikh kami bermain semakin banyak sepanjang tahun ini.

“Saya cuba untuk berhenti pada hujung Jun (tahun ini) supaya kami boleh terus masuk ke studio dan mula merekod. Tetapi kami nampaknya sangat sibuk dari sekarang hingga hujung Jun, tetapi ini akan menjadi enam bulan yang baik untuk kami,” katanya dalam temuramah itu.

Apabila ditanya sama ada dia dan anggota Fear Factory yang lain sedang membuat lagu-lagu baharu Fear Factory pada masa ini atau jika mereka juga berbuat sedemikian pada masa sama mereka melakukan jelajah tour Fear Factory akan datang, Dino berkata bahawa mereka akan sedaya upaya membahagikan masa. Dino juga mendedahkan bahawa pihak Fear Factory akan mewujudkan sebuah studio kecil di setiap tempat mereka bermain agar mereka dapat menulis dan merekod serta mendapatkan beberapa idea untuk album baharu mereka nanti.

Milo kelihatan sedang beraksi bersama Fear Factory pada bulan Disember lepas – gambar laman Facebook rasmi Fear Factory

Selain daripada itu, salah satu sebab mengapa Fear Factory ingin berbuat sedemikian adalah kerana beliau mengatakan bahawa mereka inginkan mengambil sebanyak masa yang mungkin untuk menghasilkan album tersebut dan mendapatkan idea yang sebanyak mungkin untuk album terbaharu tersebut dari semua anggota Fear Factory semasa mengadakan tour. Mereka tidak mahu banyak menganggu Milo juga kerana beliau harus banyak berehat.

“Untuk memanggil semua anggota Fear Factory berkumpul bersama menghasilkan lagu-lagu baharu kadang-kadang agak sukar, terutamanya untuk Milo, kerana dia akan menyanyi setiap malam. Dia hanya benar-benar boleh melakukan benda-benda lain pada hari cuti, atau seumpamanya, kerana Milo perlu merehatkan suaranya.

“Apabila kami sedang mengadakan tour dan bermain sebanyak mana yang kami lakukan seperti tour kami tahun ini, itu akan memberi tekanan pada vokal dan bagi kami, itulah perkara yang paling sensitif. Jadi kami cuba mengambil mudah dengan mewujudkan studio mini tersebut dimana kami dapat berkumpul bersama sekerap mungkin semasa mengadakan jelajah tour,” kata Dino.

Berkenaan dengan kebolehan Milo sebagai seorang pengarang lirik, Dino berkata bahawa Milo juga terlibat dalam beberapa projek muzik kecil yang lain, maka dengan itu beliau berpengalaman menghasilkan lirik dan liriknya sangat baik. Maka Fear Factory tidak akan mengalami masalah dengan itu dan itu adalah penting, kata Dino, setelah ramai orang telah bertanyakan tentang kebolehan Milo sama ada meragui kebolehan Milo atau tidak.

“Ia seperti, baiklah, ya, dia boleh menyanyi dengan hebat secara live. Dia boleh membawa semua lagu dengan hebat secara live. Tetapi bagaimanakah jika dia membuat rakaman? Bagaimanakah lirik-lirik yang dihasilkan olehnya? Bagaimana ianya akan berlaku nanti? Tenang. Semuanya akan baik. Jangan risau,” kata Dino.

Tahun lalu, Dino juga telah menjelaskan dan mendedahkan kepada pihak media bahawa Milo membawa kesegaran yang jelas yang diperlukan Fear Factory manakala penyanyi lama mereka sebelum Milo, Burton C. Bell, jelas mempunyai banyak isu vokal dan dia benar-benar tidak dapat menyanyi atau melakukan sebarang jelajah tour yang berat untuk Fear Factory lagi.

Dino kelihatan sedang beraksi bersama Fear Factory pada bulan Disember lepas – gambar laman Facebook rasmi Fear Factory

Oleh kerana itu, Dino berkata situasi itu adalah satu halangan besar bagi Fear Factory, jadi kemasukkan Milo ke dalam Fear Factory adalah sangat diperlukan kerana menurutnya Milo jelas mempunyai suara yang hebat, sangat berbakat dan seorang yang boleh bermain banyak alat muzik.

“Budak ini sangat berbakat. Dia boleh bermain lebih dari satu alat muzik. Tentu, ceritanya ialah saya menemui dia di Internet. Dia mengeluarkan video-video dia membuat persembahan cover kepada lagu-lagu Fear Factory dan menghantar video-video tersebut ke semua laman peminat Fear Factory di internet. Saya ada melihatnya, dan saya berfikir, okey, itu benar-benar menarik perhatian saya.

“Tetapi kami telah mengadakan banyak sesi uji bakat, akan tetapi juga dia yang benar-benar menonjol dan dia sangat meminati Fear Factory. Dia juga betul-betul mempelajari cara menyanyikan lagu-lagu Fear Factory daripada mendengar dan memerhatikan penyanyi lama kami.

“Maka dengan itu, dia betul-betul berpengetahuan tentang Fear Factory. Dengan berkata sedemikian, maksud saya, jika anda tutup mata anda mendengar lagu-lagu baharu kami nanti, anda akan fikir ianya adalah dinyanyikan oleh penyanyi asal (Burton),” kata Dino.

Fear Factory telah mengadakan persembahan konsert pertama dengan Milo pada 5 Mei 2023, di Whisky A Go Go di West Hollywood, California. Persembahan itu juga turut menyaksikan pemain dram sementara Pete Webber beraksi bersama kumpulan tersebut kerana Pete telah menggantikan pemain dram Fear Factory, Mike Heller buat sementara waktu. Ini adalah keraana menurut sumber, Mike tidak dapat bermain dengan kumpulan itu kerana “konflik jadual” pada masa itu.

Fear Factory dan Machine Head kini sedang bergabung untuk mengadakan jelajah tour “Slaughter The Martour North America 2024” pada bulan Januari dan Februari tahun ini manakala kumpulan-kumpulan seperti Orbit Culture dan Gates of Hell juga dijadualkan untuk membuat penampilan semasa jelajah tour tersebut.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page