Fattah Amin, Duta Produk Kecantikan Rissa Skin
Rissa Skin, jenama kecantikan yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna telah memperkenalkan duta produk terbaharu mereka iaitu Fattah Amin bagi meluaskan lagi empayar perniagaan Rissa Skin.
Sebuah majlis Hi-Tea eksklusif telah di adakan di Royale Chulan The Curve Damansara pada 1 Februari lalu. Acara penuh glamor ini bukan sahaja memperkenalkan Fattah Amin sebagai Duta malah meraikan kejayaan kempen pemasaran dan merayakan Rissa Skin yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nona Best Halal Skincare Awards bagi tahun 2024.
“Sepanjang penglibatan Rissa Skin dalam industri ini, Alhamdulillah produk kami mendapat sambutan hangat dan berjaya membantu ribuan pelanggan dalam meningkatkan keyakinan diri dan juga memperbaiki kesihatan kulit mereka.
“Pelbagai maklum balas positif yang kami dapat dan itu adalah pencapaian paling berharga bagi kami,” ujar Haji Ahmad Shah Rizal, Pengasas Rissa Skin.
“Fokus kami adalah untuk menghasilkan produk yang berkualiti dengan menggunakan bahan-bahan premium dan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.” tambahnya lagi.
Pelakon terkenal, Fattah Amin, yang sebelum ini telah berjaya membawa kejayaan kepada Putey Whitening Coffee, kini diberi tanggungjawab baharu sebagai wajah rasmi untuk produk krim malam Rissa Skin.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur dilantik sebagai duta untuk Intensive Repair Night Cream Rissa Skin. Saya harap dapat memberikan yang terbaik dalam peranan baru ini. Harapan saya, melalui kerjasama ini saya dapat bantu untuk tingkatkan lagi jenama Rissa Skin.” ucap Fattah Amin, selaku duta baharu bagi produk krim malam Rissa Skin.
“Saya juga belajar sesuatu yang baru apabila muncul secara live di TikTok melalui kempen pemasaran yang ada beg kuning. Perkara ini adalah pertama kali saya lakukan dan saya rasa ianya satu pengalaman yang cukup bermakna”, katanya.
Dengan strategi inovatif dan produk berkualiti tinggi, Rissa Skin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan pengguna yang mementingkan penjagaan kulit.
Karisma dan kredibiliti Fattah Amin bukan sahaja memperkukuh jenama Rissa Skin tetapi juga memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap keberkesanan produk yang ditawarkan.
Dengan langkah ini, Rissa Skin turut mengorak strategi baharu dalam pengembangan pasaran ke peringkat antarabangsa, khususnya ke negara jiran seperti Indonesia, serta di Brunei dan Singapura di mana jenama ini turut mendapat sambutan yang sangat baik.
Sebagai jenama yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan-bahan premium semula jadi, Rissa Skin optimis untuk memperluaskan pengaruhnya di peringkat global.