Fajar Sertai Konsert “Eternal Love, Timeless Romance” BCL

Peminat muzik tanah air bakal disajikan malam penuh romantis dan memukau apabila penyanyi muda berbakat dari Indonesia, Fajar, disahkan sebagai artis jemputan istimewa untuk konsert Bunga Citra Lestari – “Eternal Love, Timeless Romance” yang bakal berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, KLCC.
Konsert istimewa ini bukan sahaja mempersembahkan kehebatan vokal Bunga Citra Lestari (BCL), malah turut menampilkan Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol, dan maestro biola tersohor Dennis Lau bagi menghidupkan suasana persembahan yang penuh emosi dan elegan.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan momen bersejarah ini, tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.my. Nikmati diskaun 10% dengan menggunakan kod promosi fajarlove atau bcl88sale. Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang mendapatkan diskaun penerbangan eksklusif Malaysia Airlines selepas pembelian serta diskaun sehingga RM90 menerusi Atome untuk bayaran ansuran yang mudah.


Konsert ini dijangka menjadi salah satu acara muzik paling dinanti tahun ini kerana gabungan bakat luar biasa, paduan suara mempesona, dan tawaran menarik untuk peminat setia.