October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Exists Janji Ubati Rindu Peminatnya Di Borneo

Spread the love

Disediakan oleh SAKKA E

Penantian selama lebih 20 tahun oleh para peminat di Borneo bakal terubat apabila kumpulan yang terkenal dengan lagu “Untukmu Ibu” ini akan mengadakan siri jelajah Borneo bermula Disember 2023.


Keterujaan ini jelas terbayang di wajah setiap anggota Exists yang dibarisi oleh Along, Ajai, Ezad Lazim, Ujang dan Musa. Malahan rindu itu sendiri ada dalam diri setiap anggota Exists, lantas menjajanjikan persembahan yang terbaik dan unik termasuk beberapa elemen kejutan istimewa buat peminat mereka.


Siri jelajah ini akan diadakan di dua lokasi istimewa bermula di Borneo Convention Center di Sarawak bertarikh 17 Disember 2023 manakala lokasi kedua ialah di Sabah International Convention Center bertarikh 30 Disember 2023.


Sebagai penganjur utama, Menara Network Sdn Bhd menawarkan harga tiket mampu milik iaitu serendah RM77 higgalah ke RM238 yang pastinya suatu peluang buat para peminat Exists melenyapkan rasa rindu yang sekian lama tersimpan di hati dan melenyapkan penantian kehadiran kumpulan kesayangan mereka itu.


Konsert Exists Borneo Tour ini bakal menyaksikan beberapa lagu popular mereka akan diberikan nafas baru yang belum pernah dipersembahkan di mana – mana konsert Exists sebelum ini yang digarap khas buat peminat yang merindui mereka disamping lebih dari 20 buah lagu popular dan “sing along” mereka dalam persembahan sekitar 2 jam, dan ianya bakal menggegarkan pentas – pentas gah di Sabah dan Sarawak.


Lebih menarik lagi, selain dari menyaksikan konsert ini, para pengunjung juga boleh berkunjung ke acara – acara karnival yang tidak kurang meriahnya yang diadakan selama tiga hari.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert Exists Borneo Tour, bolehlah melayari www.ticket2u.com dan untuk info lanjut bolehlah hubungi Menara Network di talian 019-4519288.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page