November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Evolusi dan Revolusi Karier Ella

Spread the love

Ratu Rock negara, Ella, 56, mencipta sejarah peribadinya apabila konsertnya, Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 diiktiraf sebagai ‘Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 Hours Malaysia Book Of Records.


Pengiktirafan itu diberikan kepada Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin selepas 10, 000 tiket untuk konsert tersebut, yang berlangsung semalam dan malam ini ‘Sold Out’ dalam tempoh berkenaan.


“Saya bangga atas penghormatan dan penghargaan daripada peminat dan saya ucapkan terima kasih,” ujarnya ketika ditemui media selepas konsert berlangsung.
“Ini bukan konsert terakhir saya, sebaliknya cerita mengenai konsert ini akan menjadi pelengkap jilid terakhir dalam buku saya yang akan dikeluarkan nanti,” katanya. 


Ella sebelum ini juga pernah diiktiraf Malaysia Book of Records selepas membuat persembahan diiringi 200 orang pemuzik pada 2019. Ella ketika itu meleburkan rekod dipegangnya sendiri yang dicipta pada tahun 2016.


Semalam, Ella, memukau lebih 10,000 peminat pelbagai lapisan umur dan latar belakang menerusi persembahan bertenaga selama lebih dua jam di pentas Axiata Arena, Bukit Jalil yang dibawakan khas oleh Hitman Solutions.


Dalam konsert sempena 35 tahun kerjaya Ella itu, dia mempersembahkan lagu-lagu popularnya sejak awal pembabitannya dalam arena muzik tanah air.
Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 turut di kejutkan dengan penampilan istimewa, Datuk Amy Search yang menyampaikan dua buah lagu, Dua Insan Bercinta dan Kerja Gila.


Sebanyak 36 buah lagu termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Gemilang, Layar Impian, Nuri, Permata Biru, Sembilu dan banyak lagi.telah di persembahkan di sepanjang konsert berlangsung.


Ella juga kelihatan cukup anggun dengan 3 pasang busana yang di kenakan malah ianya bersesuaian dengan tema konsert tersebut.


Lebih mengujakan pastinya set up “Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota 2.0”yang direka khas untuk menggambarkan perjalanan karier seninya sebagai seorang artis. Berinspirasikan kepingan-kepingan puzzle yang dicantumkan.


Encore kepada konsert tersebut pastinya lagu Standing In My Eyes of The World cukup menaikkan semangat khalayak untuk turut sama bernyanyi sekaligus mengembalikan kegemilangan lagu tersebut yang pertama kali berkumandang di Stadium Bukit Jalil bersempena Sukan Komanwel 1998.


Tanpa membiarkan peminat untuk terus berteka teki Ella kemudiannya membawa peminat sekali lagi melayari bahtera konsert bersamanya menerusi lagu Nuri dan Permata Permotong Permata yang menoktahkan “Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota 2,0”.


Pencahayaan dan mainan mapping video dan potret yang melatari papan LED sekaligus menghidupkan suasana konsert yang diseragami dengan sistem bunyi yang cukup sesuai dengan halwa telinga.


Edisi “Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota 2.0” bakal menemui peminat di Singapura pada 18 Ogos ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page