September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Ernie Zakri Terima Pengiktirafan Daripada RIM

1 min read
Spread the love

Erni Zakri menerima pengiktirafan daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) atas kejayaan lagu hitsnya, Masing-Masing di Indonesia.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, menerima penghargaan tersebut sewaktu Mjalis Rumah Terbuka RIM yang di adakan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 22 April lalu.

“Syukur Alhamdulillah, saya amat berbesar hati menerima anugerah ini. Terima kasih RIM/PPM kerana mengiktiraf usaha kami. Terima kasih kepada pasukan saya dan keluarga saya”, ujarnya ketika ditemui media.

“Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan masa lalu saya tetapi juga memberi inspirasi kepada usaha masa depan saya. Terima kasih sekali lagi untuk penghormatan yang luar biasa ini. InsyaAllah, banyak lagi akan datang. Amin,” ujarnya lagi.

Pengiktirafan tersebut adalah bagi menghargai karya ciptaan komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda itu kerana berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu dalam carta radio Indonesia.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page