“Erna Helina” Umpama Nyawa Baharu D’OtaiBoyz
Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukan sesebuah kumpulan. Jika tidak kena caranya, ia hanya dapat bertahan sementara sebelum dibubarkan atau terus berkubur.
Justeru, situasi ini turut dilalui kumpulan indie dikenali sebagai D’OtaiBoyz yang dianggotai enam pemuda yang ditubuhkan pada 2007.
Kumpulan dari Singapura yang dibarisi Boy Botak (vokalis utama), Nazry (gitar utama), Dzoul (gitar kedua), Khai (bass), Lee (drum) dan Man (keyboard) ini mulanya menggunakan nama The OtaiBoyz.
Selepas lebih 14 tahun berlalu, kini mereka kembali bergabung semula sebagai projek berkumpulan dan bertukar nama kepada D’OtaiBoyz.
Penjenamaan semula dibuat dengan menukar ejaan supaya nampak lebih segar dan menyerlahkan profil mereka yang berpengalaman dalam muzik dan pernah bersama kumpulan lain sebelum membentuk D’OtaiBoyz.
Melungsuri hirarki ketika 2007 D’OtaiBoyz tidak menriliskan sebarang material meskipun Ketika itu mereka aktif mengadakan persembahan tetapi membawakan lagu ‘cover version’ pada acara jemputan majlis keramaian.
Lantaran minat yang cukup mendalam dalam bidang seni, mereka akhirnya tampil dengan single bertajuk Permata Ku yang bernadikan genre balada rockestra.
Lagu yang mengisahkan pasangan yang hangat bercinta, tetapi berubah sekelip mata atas sebab tertentu, kemungkinan curang atau sakit. Ternyata pertaruhan mereka membuahkan hasil dimana lagu tersebut acapkali berkumandang di stesen-stesen radio sekaligus membuka ruang untuk D’OtaiBoyz terus berkarya.
Buktinya single kedua berjudul Erna Helina dihasilkan. Nama lagu ini diangkat dari nama isteri salah seorang anggota D’OtaiBoyz dan lirik pun ditulis oleh dia sendiri. Ia unik kerana berentak ala-ala Bossanova berinspirasikan Santana.
Meskipun ianya sarat dengan maksud tersirat namun terpulang kepada pendengar untuk menginterpertasikan maksud yang tersirat menerusi lagu tersebut.
Ia boleh didengar di setiap platform muzik digital seperti Spotify, iTunes, Joxx, KKBox dan Deezer.