November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Episod Galau, Tenang dan Meriah bersama Fourtwnty Penuh Bermakna

Spread the love

Oleh: Heyawaha

Seperti persembahan-persembahan mereka sebelum ini tak kira di mana lokasi, begitu lah juga ruangan Zepp KL penuh dengan peminat setia Fourtwnty. Meskipun terpaksa berasak-asak ketika memasuki dewan yang sesak, mereka masih menikmati lagu-lagu Fourtwnty dengan bergembira, berlagu dan berdansa bersama. Pun masih ada juga yang berhibur dari luar, begitu melimpah ruah nya peminat Fourtwnty. Begitulah juga ruangan zepp yang dipenuhi lebih 1500 peminat.

Ari Lesmana sang vokalis membuka tirai malam 22 oktober itu dengan lagu hit dari album terbarunya, “Nalar,” iaitu “Nematomorpha,” yang berjaya menaikkan semangat para penonton.

Antara lagu-lagu, Ari menyelitkan kata-kata puitis yang mebuat setiap yang hadir begitu terkesan dan memberi rasa yang tenang. Ini menjadikan malam lebih istimewa dan bermakna bagi semua hadirin.

Setiap lagu Fourtwnty disertai dengan seni visual yang unik di layar belakang, menambahkan dimensi visual yang menarik kepada persembahan muziknya. Semua audiens dapat menjiwai setiap emosi dan cerita di sebalik setiap lagu melalui visual ini.

Para penonton yang hadir begitu terpesona dengan persembahan Fourtwnty yang sangat deep, spiritual dan emosional. Mereka bernyanyi sepenuh hati dalam setiap lagu dan memberikan respons hangat sepanjang malam itu.

Ari juga menunjukkan kebolehan uniknya dalam berinteraksi dengan pendengar. “Aku seperti bernyanyi di negara ku sendiri,” kata Ari yang nampak terharu malam itu. Beliau menyanyikan lagu “Aku Tenang” sebagai penghormatan kepada temannya yang baru-baru ini meninggal dunia. Lagu ini menyentuh hati banyak orang yang hadir, mengingatkan kita tentang kekuatan dan kuasa muzik dalam menyembuhkan.

Selepas menyelesaikan tour “Nalar” di Kuantan, Johor, Singapura, dan Pulau Pinang, Fourtwnty kembali ke Kuala Lumpur untuk episod galau ke-4 nya di sini.

Sepanjang malam ini, Fourtwnty memainkan lagu-lagu yang santai dan penuh semangat, menciptakan suasana yang galau, tetapi penuh antusias. Lagu “Aku Mencintaimu” dimulakan dengan Ari membiarkan audiens menyanyikan sebahagian pertama lagu itu, memberi ruang mereka bersatu dengan perasaan mereka sdiri, berhubung dengan lagu dan nuansa konsert.

Tidak dapat disangkal, sepanjang persembahan yang sangat wholesome ini, semuanya disulami dengan suara dan nyanyian penuh emosi. Penonton sangat terhibur dengan persembahan Fourtwnty, sehingga mereka terus-terusan berteriak “we want more” apabila lagu yg sepatutnya terakhir, “Zona Nyaman,” habis nadanya. Mereka memang tidak mahu momen itu berakhir.

Ari ikhlas memenuhi permintaan peminat setianya dengan mengakhiri persembahan dengan sangat meriah menerusi “Fana Merah Jambu.” Lagu wajib yang ditunggu-tunggu. Semua orang menyimpan telefon bimbit mereka dan melambai tangan dengan penuh semangat, menyanyikan lagu terakhir itu dengan sepenuh hati tanda puas.

Persembahan Fourtwnty di Kuala Lumpur pada malam itu adalah bukti betapa kuatnya muzik dalam menyatukan manusia. Ia meninggalkan kesan mendalam di hati semua yang hadir, mengingatkan kita bahawa muzik adalah bahasa universal yang dapat menghubungkan kita, membawa kita bersama, dan memberikan pengalaman yang tak terlupakan. Semoga generasi galau sentiasa tenang-tenang menantikan episod konsert yang mendatang.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page