September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Ella Ajak Penonton Bersolidariti Untuk Rakyat Palestin, Berhibur Sambil Beramal

2 min read
Spread the love

Bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang, disaksikan hampir 14,000 penonton yang hadir memenuhi segenap ruang dengan kedudukan pentas yang berada di tengah-tengah arena, konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ edisi Pulau Pinang yangdibawakan khas oleh penganjur acara terkenal, Hitman Solutions melalui kolaborasi bernas bersama syarikat pengurusan Ella, RockQueen telah pun melabuhkan tirainya pada malam tadi.

Malam dimulakan dengan penampilan ratu rock negara, dalam busana serba putih membawa bendera Palestin memberi simbolik solidariti terhadap rakyat negara itu yang sedang berdepan dengan kemelut kemanusiaan, dan dalam nada tenang penuh keprihatinan.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, ‘free Palestine’!” seru Ella.

Sebelum konsert bermula, persembahan montaj 35 tahun penglibatan Ella sepanjang berada dalam bidang seni dipersembahkan melalui kesan audio visual yang menarik dengan diiringi lagu Ulek Mayang.

Lagu pertama yang dipersembahkan, Risau menggamit memori kesemua penonton dengan sorakan yang gemuruh diikuti dengan Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip, Anak Patung, Retak, Pengemis Cinta, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Kitalah Bintang, Permata Biru, Standing In The Eyes Of The World dan Gemilang dengan hampir 40 buah lagu kesemuanya.

Malam konsert turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Kaka Azraff yang merupakan anak saudara Ella menyanyikan lagu Bawaku Pergi bersama adik Ella sendiri, penyanyi era 90-an, Korie, dan kemudian kedua-duanya menyanyikan lagu Pergilah Sayang.

Kapten Azhar Ghazali turut berduet romantis bersama Ella menerusi lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

Kejutan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua, kemunculan khas Dato’ Awie berduet bersama Ella menyanyikan lagu Baldu Biru dan nyanyian solo oleh Dato’ Awie sendiri melalui lagu hitnya, Penjara Janji.

“Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih kepada semua penonton yang sudi hadir ke konsert saya dan buat semua krew yang terlibat.  Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2 minggu yang lalu oleh kerana jerebu, saya agak risau jika malam konsert terpaksa dibatalkan, tapi berbekalkan doa serta semangat dari semua, saya berjaya melunaskan tanggungjawab saya pada malam ini untuk orang-orang utara”,

“Saya rasa terharu berbaur sedih kerana berpeluang dapat membuat persembahan di tempat asal kelahiran saya”, tambahnya.

“Dan terima kasih buat semua yang ‘support’ solidariti saya terhadap Palestin melalui sumbangan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia, salah satu cara kita dapat membantu secara fizikal dan sudah pastinya doa dari anda semua”, ujarnya.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page