September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Efek Rumah Kaca Tidak Sabar Untuk Hiburkan Peminat 25 Oktober Ini

Spread the love

Penonton Berpeluang Menangi Gitar Berharga RM2000

Kali terakhir  Efek Rumah Kaca membuat persembahan di Malaysia pada 2022, kini mereka kembali dengan tema yang lebih intim dengan peminat iaitu konsert ‘Di Udara Kuala Lumpur’.

Konsert yang dianjurkan oleh Shezco Sdn Bhd ini bakal berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada 25 Oktober depan.

Jika sebelum ini, band yang juga sinonim dengan akronim ERK dianggotai oleh Cholil Mahmud (vokal utama, gitar), Poppie Airil (vokal latar belakang), Akbar Bagus Sudibyo (dram, vokal latar belakang) dan Reza Ryan tampil bergandingan dengan beberapa buah band lain, tetapi kali ini mereka hadir ke Malaysia secara solo. Sekaligus bakal menyaksikan ‘intimasi’ ERK dengan peminat setianya.

Vokalisnya. Cholil Mahmud berkata, meskipun bakal membawakn lagu-lagu daripada album keempat berjudul Rimpang yang dilancarkan tahun lalu, tetapi ERK turut mengalu-alukan peminat untuk menyenaraikan lagu yang ingin didengari.

“Selain lagu daripada album Rimpang, sudah kami akan menyampaikan lagu-lagu lama. Bersesuaian dengan Konsert Di Udara Kuala Lumpur, ia dipetik daripada judul album pertama,”, ujarnya ketika sesi sidang media yang dilakukan secara virtual pada 10 September lalu.

“Jika ada peminat di Malaysia yang ingin kami mainkan lagu-lagu yang diminati, ya sila cadangkan, ini kerana kami bukan selalu ke sini. Kami mahu peminat pulang kepuasan selepas menyaksikan konsert ERK,” ujarnya lagi.

Sementara itu, penganjur konsert Shezco Sdn Bhd turut mengumumkan bahawa penonton turut berpeluang untuk memenangi sebuah gitar yang  bernilai RM2,000 kepada peminat bertuah yang hadir ke konsert.

“Bagi menghargai peminat ERK, kami menyediakan hadiah gitar pada acara cabutan bertuah yang akan diumumkan pada hari konsert.  Selain gitar, dua peminat bertuah akan menerima sekeping vinyl khas album terbaharu ERK berjudul Rimpang,” kata Fandy selaku wakil pihak penganjur.

Fandy turut memberitahu bahawa diskaun 15 peratus juga diberikan kepada pembeli dua tiket berdiri sempena Bulan Kemerdekaan.

Berkongsi mengenai jualan tiket, Fandy berkata, jualan tiket menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding sebelum ini.  Mungkin berpunca daripada pertembungan beberapa konsert yang di adakan sebelum ini.

Untuk rekod, ERK  yang ditubuhkan pada 2001 mempunyai deretan lagu-lagu popular antaranya Kamar Gelap, Jatuh Cinta Itu Biasa Saja, Balerina dan Cinta Melulu.

Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM188 (CAT 1/ Free Standing), RM218 (Normal Standing), RM268 (CAT 2/ Premium Seating), RM448 (Royal Box), RM3,800 (Package 8 Pax/ Meet & Greet).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ERK secara langsung dan rasai sendiri sinestesia muzik yang dijanjikan pada malam tersebut. Pembelian tiket boleh dilakukan di ILASSOTICKETS.COM atau hubungi talian 03 4816 8029 untuk maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page