October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

 ‘Dugaan Takdir Cinta’, Kolaborasi Afif Tirmizie & Nikki Palikat Untuk Drama “Takdir Itu Milik Aku”

Spread the love

Pasangan duet Afif Tirmizie dan Nikki Palikat telah melancarkan lagu “Dugaan Takdir Cinta”. Afif Tirmizie yang juga merupakan anggota kumpulan popular seperti The Fabulous Cats dan Nukilan, terus menorehkan nama dalam industri muzik. Manakala Nikki Palikat, yang dikenali melalui penampilannya yang memukau dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada tahun lalu.

“Apabila saya dapat tahu akan menyanyikan lagu “Dugaan Takdir Cinta” bersama Nikki Palikat, saya sangat berasa teruja akan kolaborasi ini kerana kepakarannya dan kemahiran vokalnya menjadikan proses rakaman ini berjalan dengan lancar” Menurut Afif Tirmizie merupakan producer vokal dan penyanyi lelaki terhadap Nikki Palikat apabila mendapat tahu tentang pasangan duetnya.

Buat pertama kalinya Afif Tirmizie dan Nikki Palikat bergabung menghasilkan Lagu “Dugaan Takdir Cinta” sebagai lagu tema untuk drama “Takdir Itu Milik Aku” yang dijangka memberi impak besar dalam drama tersebut. Bukan itu sahaja, ini juga merupakan gabungan pertama untuk Afif Tirmizie dan Nikki Palikat di dalam sebuah lagu yang merupakan pertanda permulaan yang bersejarah dalam perjalanan muzik mereka.

Nikki mengungkapkan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk berkolaborasi dalam projek yang bermakna ini.

“Semestinya Nikki gembira dan berbesar hati dengan tawaran ini. Sudah lama Nikki tidak  merakamkan sebuah lagu duet. Di sini Nikki ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada pihak produksi drama dan Sony Music Entertainment Malaysia atas kepercayaan ini.  Nikki juga berharap peminat-peminat akan suka dengan lagu terbaru ini”, katanya.

Lagu “Dugaan Takdir Cinta” ini dilancarkan di bawah naungan terkemuka syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia. Selain itu lagu ‘Dugaan Takdir Cinta’ turut mendapat sentuhan istimewa daripada komposer berbakat, Ejai Aziz dan Kelana. Penerbit lagu ini juga tidak kurang hebatnya iaitu Rudy Nastia. Manakala liriknya yang mendalam, diilhamkan oleh penulis novel terkenal, Siti Rosmizah, yang juga berperanan sebagai penulis skrip dan penerbit untuk Takdir Itu Milik Aku, semestinya memberikan sentuhan emosi yang mendalam kepada lirik lagu ini.

“Bagi Nikki, lagu ni unik kerana ia berbeza dengan lagu-lagu yang berunsur cinta yang lain. Lirik lagu ni menunjukkan ada prasangka yang wujud di antara pasangan yang bercinta. Meskipun mereka ditakdirkan bersama, namun dugaan tetap melanda.”

“Nikki sendiri pernah mengalami keadaan seperti ini, jadi lagu ini penuh makna. Apa yang menarik, Nikki juga sangat suka vokal Afif Tarmizi. Dalam peringkat demo pun, penghayatan dia tu luarbiasa, dan menjadikan proses rakaman begitu seronok bagi Nikki. Berkaryalah kami dalam studio tu hahaha.” Sambungnya lagi.

Walau bagaimanapun, proses menghasilkan lagu ini telah menghadapi beberapa cabaran semasa penghasilannya dari segi masa, pemilihan penyanyi dan sebagainya. Namun ia berjaya terhasil dengan meneparti pemintaan pelbagai pihak yang terlibat.

“Apabila mendapat lagu ini, saya telah diberikan tugasan untuk menyesuaikan melodi mengikut citarasa pendengar pada masa kini. hal ini mengambil masa beberapa kali sehingga mencapai kata putus daripada semua pihak. Selain itu antara cabarannya adalah, Afif merupakan penyanyi lelaki yang telah dipilih untuk Siti Rosmizah dan mereka menghadapi cabaran atau misi dalam mencari pemilik suara wanita pada ketika itu dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk membuat lagu ini bersama Nikki Palikat yang merupakan naib juara Gegar Vaganza (musim 8) pada 2021.” Ujar Afif lagi.

Drama Takdir Itu Milik Aku mengisahkan tentang Dian Zara, seorang gadis lurus dan bersih hatinya menumpang kasih dengan neneknya. Manakala emak saudaranya, Kamisah tidak henti- henti menyeksa hidupnya. Dian disuruh menjadi orang gaji sebelum dipaksa kahwin. Episod duka bermula hanya kerana dia hamil anak cacat.

Drama ini juga dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Emna Maembong, Aiman Hakim, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadun, Datuk Fauziah Nawi, Mak Engku Farida, Naszsally, Riz Amin, dan ramai lagi.

Lagu Dugaan Takdir Cinta boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page