September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Dua Album Yang Sama, Tetapi Tidak Serupa Dari Art Fazil

2 min read
Spread the love

Penyanyi dan pemuzik dari Singapura Art Fazil telah melancarkan sebuah album muzik yang boleh didapati dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris baru-baru ini.

Kedua-dua versi album tersebut juga dikeluarkan secara serentak pada 8 Mac, diamana album itu diberi tajuk ‘Rembulan Ramadan’ dan ‘Ramadan Moon’, sepadan dengan variasi bahasa yang digunakan di dalam album tersebut.

Menurut beliau dalam sebuah kenyataan akhbar, ‘Rembulan Ramadan’ dan ‘Ramadan Moon’ juga boleh dilihat sebagai dua album yang berlainan – sama, akan tetapi tidak serupa kerana kedua-dua versi album tersebut menggunakan bahasa yang berlainan.

“Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon adalah dua buah album muzik yang sama tetapi tidak serupa.

“Kedua-dua album ini mempunyai lapan buah lagu dan bertemakan bulan Ramadan. Perbezaan pada album-album ini cumalah dari segi bahasa. Rembulan Ramadan dirakam di dalam Bahasa Melayu manakala album Ramadan Moon adalah versi Bahasa Inggerisnya.

“Lagu-lagu di dalam album-album ini disusun untuk membawa pendengar melalui suatu perjalanan bulan Ramadan dengan lagu- lagu yang bersifatkan kerohanian.

“Diharapkan album ini akan menyemarakkan lagi persada muzik spiritual, sebagai suatu juadah halwa telinga untuk meraikan bulan Ramadan sama ada di dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau juga berharap album versi Bahasa Inggeris, Ramadan Moon diharap dapat meraikan Ramadan kali ini bersama mereka yang tidak berbahasa Melayu, terutamanya di kalangan mualaf yang baru mahu mengenali Ramadan dan juga anak- anak yang sedang mempelajari tentang Ramadhan.

Ini adalah oleh kerana kedua-dua album tersebut akan berkonsepkan Ramadhan dan perjalanan Ramadan, maka album-album tersebut juga diakhiri dengan sebuah lagu berkenaan 1 Syawal di penghujungnya bagi melengkapkan pengalaman Ramadan.

Selain itu, Art berkata istimewanya projek ini adalah ia merupakan album muzik pertama beliau yang dihasilkan secara solo dimana kali ini beliau telah bereksperimentasi dengan memainkan setiap peralatan muzik untuk setiap lagu di dalam album-album ini seorang diri.

“Dari gitar akustik ke gitar elektrik, gitar bass dan kesemua alatan gendang dimainkan oleh saya sendiri,” katanya.

Tidak berhenti di situ, Art Fazil juga turut berkata beliau mencabar kebolehan dirinya dengan mempelajari dan menggunakan AI (Artificial Intelligence) untuk menghasilkan video- video muzik bagi lagu-lagu di dalam album- album ini.

Lagu-lagu Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon boleh di dapati di pelbagai applikasi muzik atas talian. Ikuti akaun media sosial Art Fazil – Instagram, TIKTOK, Facebook, YouTube untuk video-video muzik AI bersiri yang akan dikeluarkan sejurus sebelum dan di sepanjang bulan Ramadan 1445.

Album beliau yang berjudul Rembulan Ramadan akan mengandungi lagu-lagu seperti; Bulan Sabit Di Kaki Langit, Seruan Sahur, Lapar Dan Dahaga, Iftar (Waktu Berbuka), Terawih (Indahkan Malam Ramadan), Tahajud (Waktu Berbisik-bisik), Malam Seribu Bulan dan Pada Satu Syawal.

Manakala album Ramadan Moon pula akan mengandungi lagu-lagu seperti; Ramadan Moon Sighting, The Sahur Call, Hunger And Thirst, Iftar Time, Tarawih (Beautify Your Ramadan Nights), Tahajud (The Night Prayer), Laylatul Qadar (The Night of Power) dan The First Day of Syawal.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page