November 22, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Drama Terbaru iQIYI, ‘Senyawa’ Mengupas Isu Ibu Tumpang di Kalangan Umat Islam

Spread the love

Aplikasi penstriman popular Asia, iQIYI, akan mempersembahkan drama bersiri terbaharu berjudul ‘SENYAWA’ pada 25 Oktober ini. Drama ini menampilkan barisan pelakon handalan seperti Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan, dan Heryanto Hassan, di bawah arahan pengarah berpengalaman, Eyra Rahman.

‘SENYAWA’ mengisahkan Zabrina (lakonan Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan wanita berjaya yang berdepan pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Selepas berkahwin dengan Iskandar (lakonan Shahz Jaszle) dan mengalami keguguran, Zabrina terpaksa mencari ibu tumpang setelah desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida (lakonan Datin Nina Juren) yang ingin mendapatkan cucu.

Zabrina bertemu Lutfiyah (lakonan Siti Hariesa), seorang gadis kampung, yang dirasakan sesuai untuk menjadi ibu tumpang. Semua permasalahan dan pengorbanan ini akan terungkai dalam drama ini.

Trisha Ooi berkongsi bahawa watak Zabrina merupakan satu cabaran besar, melibatkan pelbagai emosi yang mendalam. “Saya banyak berbincang dengan pengarah untuk membina watak Zabrina yang dominan tetapi rapuh,” ujarnya.

Shahz Jaszle pula merasakan cabaran untuk menyelami watak Iskandar, yang sangat menyayangi isterinya. “Sebagai suami, kita harus membimbing rumah tangga dengan nilai agama yang kukuh,” katanya.

Siti Hariesa, yang melakonkan watak Lutfiyah, menekankan pentingnya ketelusan dalam perhubungan. “Banyak pengajaran berguna dalam drama ini yang perlu dipelajari,” jelasnya.

Menurut pengarah Eyra Rahman, isu yang diangkat dalam drama ini berkaitan dengan hukum halal dan haram. “SENYAWA menggambarkan bagaimana desakan hidup boleh menyebabkan seseorang menghalalkan perkara yang haram,” katanya.

Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, berharap drama ini akan mendapat sambutan dan menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Jangan lupa untuk menyaksikan ‘SENYAWA’ pada 25 Oktober 2024, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam. Muat turun aplikasi iQIYI sekarang untuk menonton!


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page