Dr. Martens Perkenal Dua But Baharu Dengan Tapak Zebzag

Selepas kejayaan Zebzag Mules yang tular musim panas lalu, Dr. Martens meluaskan koleksi tapak kusyen ikonik itu dengan dua rekaan but baharu: Zebzag Laceless Boot dan Zebzag Rigger Boot.
Menurut Ketua Pegawai Produk Dr. Martens, Adam Meek, tapak Zebzag dibangunkan untuk memenuhi gaya hidup moden dengan gabungan ketahanan, keselesaan, dan identiti jenama yang kekal terserlah.



But Laceless diinspirasikan daripada siluet klasik 1460, tetapi hadir dalam bentuk slip-on menggunakan kulit Wyoming hitam. Sementara itu, Rigger Boot pula menampilkan rekaan lebih rendah pada buku lali dengan elemen industri yang diolah semula, serta pilihan kulit Wyoming hitam atau Milled Nubuck kalis air.

Di sebalik gaya, rahsia utama tetap pada tapak Zebzag: gabungan midsole EVA ringan dengan PVC outsole tahan lama, alur bergaris lebar, corak berlekuk, dan jahitan welt kuning. Ditambah pula dengan SoftWair insoles, pemakai dijanjikan keselesaan menyeluruh luar dan dalam

Zebzag Laceless dan Rigger Boots boleh didapati di seluruh dunia bermula September 2025, sebagai sebahagian daripada koleksi Dr. Martens AW25.