Dr Alban Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Mei Ini

Legenda muzik 90-an, Dr Alban, bakal menggegarkan Kuala Lumpur dalam konsert istimewa Rewind & Play. Konsert ini dibawakan oleh Mojo Projects Malaysia dan Tuff & Loud, menjanjikan malam penuh nostalgia dengan lagu-lagu ikonik seperti It’s My Life, No Coke, dan Look Who’s Talking.
Acara ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat, 23 Mei 2025. Peminat muzik era 90-an berpeluang menyaksikan sendiri persembahan bertenaga Dr Alban, yang terkenal dengan gabungan muzik Eurodance dan reggae yang masih mendapat tempat di hati peminat hingga ke hari ini.
Maklumat mengenai tiket akan diumumkan tidak lama lagi. Sementara itu, peminat boleh mengikuti perkembangan terkini melalui rakan radio rasmi iaitu Mix FM, Lite FM, dan Sinar FM.
Konsert ini dijangka menarik peminat dari pelbagai generasi yang ingin mengimbau kembali era kegemilangan muzik 90-an. Dengan rentak yang mengasyikkan dan suasana yang meriah, Rewind & Play menjanjikan pengalaman konsert yang tidak akan dilupakan.