September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Double Trouble 2; Penyatuan 2 Jiwa Di atas Satu Pentas

2 min read
Spread the love

Muzik terus berevolusi dari masa ke masa tapi muzik rock tetap tidak akan mati (rock never dies). Itu adalah ungkapan yang diakui oleh para rocker seluruh dunia.

Dalam era digital dan media sosial ini, persembahan ‘live’ masih lagi berada di takhta yang tertinggiterutama di kalangan para rocker. Membeli tiket, perjalanan ke lokasi konsert, berjumpa rakan rakan yang satu ‘kepala’ , masuk ke arena konsert, berhimpit dan menantikan rocker legenda membuat persembahan di atas pentas dengan lagu lagu yang ‘membesarkan’ kita adalah suatu pengalaman yang bukan selalu dirasai.

Tahun 2022 lalu, arena muzik rock tanahair digegarkan dengan 2 buah konsert yang mendapat sambutan luarbiasa sehingga menimbulkan fenomena iaitu Konsert ‘Search Rockin’ On Rooftop’ di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur pada 11 Jun dan Konsert ‘Barbarik Pentas Keras’ di Zepp, Kuala Lumpur pada 24 Disember.

Ramai menyifatkan dua konsert tersebut dalah konsert rock terbaik sepanjang tahun 2022. Lebih sebulan selepas kedua-dua konsert berlangsung, para peminat masih memperkatakannya. Netizen terus berkongsi pendapat serta memuat naik foto dan visual konsert berkenaan di pelbagai media sosial.

Dari fenomena itu, perancangan telah diusahakan untuk merealisasikan 2 band tersebut di atas satu pentas bagi memenuhi kalendar konsert rock 2023. Pihak produksi teruja untuk membayangkan betapa impaknya apabila Search dan Barbarik bergabung dalam satu edisi konsert yang istimewa.

Alpha Nation dengan jenamanya Rock The City, dengan bangganya membawakan kepada anda Konsert ‘Double Trouble 2’ yang membariskan SEARCH & BARBARIK pada 5 Ogos 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

SEARCH, sebuah jenama yang sebati dengan arena rock akan tampil di pentas, diterajui oleh Din (gitar) bersama Kid (gitar), Yan (bass), Firdaus (keyboard), Minn (drums) dan vokalis sensasi baru mereka Denden.

BARBARIK pula diterajui oleh Joe Branko (gitar) bersama Adi (keyboards), Ruzaimie (bass), Ainol (drums) dan vokalis legenda Muss.

Persembahan berdurasi selama 150 minit ini akan menghidangkan sekitar 26 buah karya lagu lagu mereka yang kebanyakannya sentiasa bermain di minda kita. Kelibat 5 orang legenda rock tanahair iaitu Din, Kid, Joe Branko, Yan dan Muss dalam kelas mereka yang tersendiri pasti akan memberi impak besar dalam persembahan dan kepuasan kepada para rocker yang hadir. Satu persembahan yang pasti diimpikan dan kini akan menjadi kenyataan.

Tiket-tiket berharga RM129, RM139, RM159, RM169, RM179, RM199 dan RM359 (VIP) yang boleh dibeli di www.ilassotickets.com atau WhatsApp di talian 011-13297822.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page