September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Do Re Mi Fa Sol La Ti ‘Keramat’ Tujuh Vibrato Gitar

2 min read
Spread the love

Do Re Mi Fa Sol La Ti adalah ‘keramat’ kepada Tujuh Vibrato Gitar dimana ianya sinonim dengan muzik ‘rock n roll’  yang menjadi pengaruh penting dalam perkembangan peradaban sosio budaya muzik dunia di abad ke 20.  Sebuah kugiran bergenre ‘rock n roll’, gitar elektrik memainkan peranan utama. Situasi itu membawa kepada perwatakan hero gitar yang sering menjadi tumpuan dalam sebuah kugiran.

Bunyian dari gitar menjadi signifi kepada muzik sesebuah kugiran. Maka dari itu, peranan bunyi dari permainan seorang gitaris itu sangat penting dalam menghasilkan muzik yang berkualiti dan diterima pendengar.

Gitar sebagai alat muzik bertali amat bergantung kepada kepakaran permainan sang gitaris. Salah satu teknik yang ketara adalah vibrato. Teknik vibrato masing masing menghasilkan bunyi yang berlainan dengan tona dan ekspresi pelbagai. Itu yang membezakan seorang gitaris dengan gitaris yang lain. 

Meraikan sang gitaris dan teknik vibratonya dari hati ke jari dan langsung ke tali adalah sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan. Buah fikiran untuk menganjurkan sebuah konsert yang menampilkan 7 orang gitaris ternama dalam industri muzik Malaysia adalah unik dan pertama kali dipersembahkan. 7 orang gitaris ini diundang berdasarkan kredibiliti serta aura dalam genre muzik dan era mereka sendiri.

Tujuh Vibrato Gitar akan dipersembahkan di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023. Ia akan menampilkan 7 orang gitaris iaitu Jo Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza dan Anis Kalisa. Mereka akan diiringi oleh para pemuzik profesional sebagai ‘house band’ iaitu Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboards) dan Ainoll (drums). Manakala para penyanyi latar profesional bagi mewarnai vokal adalah Izzat dan Baby. 

Tujuh Vibrato Gitar akan menampilkan 3 orang penyanyi berkarisma iaitu Dato Hattan, Lan Solo dan Muss sebagai vokalis utama. Mereka akan mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat berkaitan dengan 7 orang gitaris tersebut.

Berbeza daripada konsert- konsert sebelum ini, Tujuh Vibrator Gitar bakal memfokuskan pendengar terutamanya para peminat instrumen gitar dan para peminat TUJUH (7) orang gitaris tersebut, Ia pati akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik dan memberi kepuasan yang tidak dapat diperolehi dari mana mana persembahan sebelum ini.

Tujuh Vibrato Gitar akan dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com.

Tiket mengikut kategori iaitu Cat 1 Rock Zone (berdiri) RM 188.00, Cat 2 Normal Seats (bernombor) RM 278.00, Cat 3 Premium Seats (bernombor) RM 338.00 dan Cat 4 VIP Box (8 pax/box) RM 5,000.00.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page