Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! Bakal Gegar Arena Of Stars Genting Selama Empat Hari

29 Ogos hingga 1 September 2025, menampilkan Mickey, Ariel, Spidey dan ramai lagi dalam persembahan muzikal interaktif keluarga
Buat julung kalinya, persembahan muzikal interaktif “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!” akan diadakan di Arena of Stars, Resorts World Genting dari 29 Ogos hingga 1 September 2025. Persembahan selama empat hari itu bakal menampilkan lapan pertunjukan yang menggabungkan elemen muzik, tarian, visual 3D dan aksi akrobatik, khusus untuk menghiburkan penonton cilik serta seisi keluarga.
Antara watak-watak popular yang akan tampil di pentas termasuklah Mickey Mouse, Minnie Mouse, Ariel The Little Mermaid, SuperKitties, Puppy Dog Pals dan Team Spidey daripada siri animasi popular Marvel’s Spidey and His Amazing Friends.
Menurut penerbit daripada Terrapin Station Entertainment, Jonathan Shank, selepas kejayaan siri jelajah ini di Amerika Syarikat dan pelancaran antarabangsa di London, pihaknya amat teruja untuk membawa produksi ini ke Malaysia sebagai sebahagian daripada siri jelajah Asia Tenggara.
“Kami mahu mewujudkan satu pengalaman yang ajaib dan menyeronokkan buat kanak-kanak serta ibu bapa mereka. Persembahan ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membina imaginasi dan semangat kerjasama,” katanya.
Dalam persembahan ini, Mickey Mouse merancang temu janji permainan terbesar untuk rakan-rakannya di Clubhouse. Namun, apabila fenomena cuaca misteri mengganggu keseronokan, Team Spidey tampil menyelamatkan keadaan.
Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuk “Hot Dog!” dari Mickey Mouse Clubhouse, “Oopsie Kitty” dari SuperKitties serta“Do the Spidey” dari Marvel’s Spidey and His Amazing Friends
Persembahan akan berlangsung mengikut jadual berikut:
- 29 Ogos (Jumaat) – 7:30 malam
- 30 Ogos (Sabtu) – 11:00 pagi, 2:30 petang, 6:00 petang
- 31 Ogos (Ahad) – 11:00 pagi, 2:30 petang, 6:00 petang
- 1 September (Isnin) – 1:00 tengah hari
Tiket telah mula dijual pada Rabu, 11 Jun 2025 menerusi dua platform rasmi: www.rwgenting.com dan www.ticketingtix.com.
Harga tiket dibahagikan kepada beberapa kategori: VIP, PS1, PS2, PS3 dan PS4. Ahli Genting Rewards layak menerima diskaun 10%, manakala pembelian tiga tiket dan ke atas akan menerima diskaun 10% (tidak termasuk kategori PS4).

Kanak-kanak berumur bawah dua tahun boleh memasuki dewan dengan tiket khas berharga RM50 (tanpa tempat duduk), yang hanya boleh dibeli di kaunter.
Peminat Disney yang inginkan pengalaman lebih istimewa boleh mendapatkan VIP Package yang merangkumi, Akses ke pesta pra-persembahan interaktif, Sesi bertemu watak seperti Mickey, Minnie dan Spidey, Cenderamata eksklusif termasuk beg tote dan pas kenangan serta Hidangan ringan dan tempat duduk premium
Pengunjung dinasihatkan untuk tiba awal kerana pintu dewan akan ditutup sebaik sahaja persembahan bermula. Pengambilan gambar dan rakaman video di dalam dewan tidak dibenarkan. Semua pengunjung, termasuk bayi, wajib memiliki tiket masuk.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti akaun media sosial rasmi Disney Jr. Live On Tour di Instagram, Facebook, dan TikTok serta menggunakan tanda pagar #DisneyJrTour.