September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Diskoria X Sheila Majid Ajak Peminat melungsuri ‘Terowong Masa’

3 min read
Spread the love

Diskoria bersyukur menerima sambutan baik daripada peminat di kalangan rakyat Malaysia sejak awal kemunculan mereka.  Ini bukanlah kali pertama kumpulan yang berpaksikan nuansa ‘disko’ ini beraksi di Malaysia.  Mereka terlebih dahulu beraksi di hadapan peminat sewaktu Nusa Fest yang telah berlangsung di Bandar Malaysia tahun lalu.

Diskoria yang hangat dengan single terkini, Badai Telah Berlalu kolaborasi bersama Bunga Citra Lestari & Laleilmanino bakal mengadakan persembahan di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Jun ini.  Lebih menarik konsert ini turut membariskan bintang legenda, Sheila Majid.

Menurut Merdi Simanjuntak, ahli kumpulan Diskoria, sejak pelancaran single sulung mereka iaitu Balada Insan Muda, ramai peminat terutama dari Malaysia, sangat teruja dan menantikan kehadiran kumpulan ini di Malaysia.

Malah, dia turut meluahkan rasa gembira apabila lagu-lagu mereka yang berkonsepkan disko seakan mewarnai kehidupan harian, terutama di kalangan golongan muda.

“Dari single pertama kami keluar, yang banyak komen adalah dari Malaysia meminta untuk datang ke Malaysia. Jadi kita selalu ingin datang ke Malaysia kerana ramai yang menyokong kami”, ujarnya ketika ditemui di majlis sidang media A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid yang berlangsung di 39th Restaurant, Perdana KLCC, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

“Kami tak sangka akan lakukanya dengan baik, kita senang dengan lagu ini dan kami harap ada yang mengikuti kami. Kami tidak sangka ia akan berkembang sampai ke hari ini.

“Ada yang menjemput kami untuk nyanyikan di majlis ulang tahun, kami juga tertanya-tanya macam mana mereka boleh kenal kami.

“Namun, kami sangat bersyukur dan boleh lakukanya dengan sepenuh masa, bukan kerana respon orang ramai tetapi pembawakan muzik ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, dia turut berkongsi perjalanan awal mereka dalam membina karier dan membentuk kumpulan Diskoria yang sarat dengan lagu ‘funky’ dan ‘groovy’.

“Sebenarnya kami juga DJ dan suka akan disko, tapi kemudian bila kami dengar lagu-lagu dari Indonesia dan Malaysia, banyak juga lagu-lagu yang ‘funky’ dan ‘groovy’ yang bagus dibawa dan belum ada DJ yang bawa dalam bentuk berlainan.  Kita boleh tahu secara terus tanpa mengetahui maksud lirik dan boleh menari bersama,” ujarnya.

Konsert ini adalah merupakan kolaborasi MY Deteksi dengan penganjur bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia bakal membawakan satu-satunya konsert yang akan dibanjiri genre muzik disko nan ‘dilarang putar di disko’ menerusi A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID.

 “Selaku penganjur kami di MY Deteksi bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia malah berbesar hati dan berasa terhormat di atas persetujuan lengendaris Datuk Sheila Majid sebagai penampilan khas.

“Mana tahu bagaimana konsert berlangsung ketika ‘berpesta’ dan Sheila Majid menjadi ‘bumbu khas’, jangan lewatkan pertemuan bersama mereka dalam konsert ini.

“Ucapan terima kasih juga kepada JEMPUT DENGAR yang akan menjadi artis pembuka konsert ini,” kata Shafika Mazlan dari MYdeteksi.

Pertama kali berkongsi pentas bersama Sheila Majid, Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berharap agar A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID mencipta magis dan membawa masa silam hadir ke dunia masa kini menerusi persembahan mereka.

“Diskoria sangat senang dijemput hadir ke Malaysia dan apa lagi di konsert perdana kami nanti yang menjadi tamu spesialnya adalah the one and only Datuk Sheila Majid.

“Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini,” ujar duo tersebut.

Harga tiket bermula dengan Dengarkan Balada Insan Muda, Pelangi Cinta atau Serenata Jiwa Lara dengan harga tiket SERENATA JIWA LARA (RM165), SINARAN (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220) BADAI PASTI BERLALU (RM320).

Anda boleh dapatkan tiket menerusi www.myticket.asia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page