February 20, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

DEON Kembali Dengan Single Baru “Fool Me Twice” Bersama Dru Chen

Spread the love

Selepas hampir dua tahun menyepi, penyanyi-penulis lagu Singapura, DEON, kembali mencuri perhatian peminat muzik indie dengan single terbaharu, “Fool Me Twice”, yang akan dilancarkan pada 27 Februari 2026.

“Lagu ini bukan sekadar tentang cinta, tapi tentang bagaimana kita belajar menghadapi realiti dan menerima kebenaran,” kata DEON mengenai lagu yang juga menjadi pembuka tirai album akan datangnya, Numbers Game.

Kolaborasi dengan vokalis Dru Chen ini lahir secara spontan dalam satu sesi studio dimana dua sahabat bersatu menghasilkan karya yang hangat, rapuh dan menyentuh hati. “Fool Me Twice” membawa pendengar melalui ruang rapuh antara penafian dan penerimaan, di mana ketegangan dan kebenaran tidak diungkapkan bertembung secara senyap.

Muziknya pula memadukan penceritaan melodi intim ala Ed Sheeran dan Kodaline, dengan elemen dramatik ala Coldplay, lengkap dengan hook yang mudah melekat di ingatan. Lagu ini juga menjadi anthem coming-of-age, menonjolkan pertumbuhan emosi dan keberanian untuk memilih hubungan yang ikhlas walau dalam ketidakpastian.

Dengan “Fool Me Twice,” DEON bukan sahaja menandakan kemunculan semula dalam dunia indie pop Singapura, tetapi juga membuka lembaran baharu yang lebih matang, jujur dan dekat dengan hati pendengar.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page