September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Debaran Konsert ‘Rockmantic Night – Judika & The Gang’ 21 Oktober Ini

2 min read
Spread the love

Bahangnya semakin di rasai apatah lagi debaran untuk menyaksikan persembahan yang bertemakan romantik bakal dipersembahkan oleh Judika menerusi konsert ‘Rockmantic Night – Judika & The Gang’.

Judika bakal ditemani Haqiem Rusli, Marsha Milan dan Shila Amzah pada 21 Oktober 2023, bermula jam 8:00 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.  Konsert yang dibawakan khas oleh jenama kosmetik eksklusif dan terunggul, Alha Alfa dengan syarikat penganjur acara ternama dari Indonesia, Dua Anak Deo (DAD) Management dan juga penganjur bersama, Kharisma Music International.

Jurucakap DAD, selaku label rakaman muzik dan pengurusan artis yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Judika sendiri bersama isterinya, Duma Riris dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa persiapan Judika menjelang hari konsert hampir 100% kesemuanya termasuk latihan persembahan bersama para pemuzik profesional dan band iringan, perancang grafik, susunan muzik, dan lain-lain persiapan.

“Judika tidak sabar untuk memberikan yang terbaik buat semua yang hadir pada malam konsert nanti dan menghasilkan sebuah persembahan romantis yang bakal menjadi kenangan manis buat semua yang menontonnya.

“Di antara lagu-lagu ‘sing-along’ yang wajib dihafal oleh semua yang membeli tiket adalah Cinta Karna Cinta, Bukan Rayuan Gombal, Jikalau Kau Cinta, Putus Atau Terus dan juga Sampai Kau Jadi Milikku.

Tiket konsert yang masih ada seperti Normal Standing boleh didapati secara atas talian di www.ticket2u.com.my/judika, manakala tiket-tiket lain seperti Gold, Silver, VIP Standing, VIP dan Platinum telah habis dijual.

Sebagai makluman, pemilik nama sebenar Judika Nalom Abadi Sihotang ini memilih tema ‘Rockmantic’ yang merupakan gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ yang terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, merupakan seorang yang penyayang dan pencinta terhadap keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya berbaur romantis.

Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan oleh Judika pada malam konsert nanti dengan durasi kurang lebih 2 jam di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

Pihak pengurusan DAD dan Kharimsa Music International ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih buat rakan-rakan penganjur seperti Alha Alfa, Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil, rakan hotel rasmi, Le Meridien Petaling Jaya, dan juga rakan radio rasmi, ERA.

“Saya ingin semua peminat yang akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan. Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan penuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat”, ujar Judika

“Semoga konsert ROCKMANTIC NIGHT – JUDIKA &THE GANG ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak akan anda dilupakan, ‘it’s a night to remember’. Tambahnya.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page