November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged

Spread the love

Festival muzik yang digelar SoulFest mengesahkan penyertaan band legenda Cromok menerusi konsert yang bakal berlangsung secara fizikal dan Live Streaming dalam usaha mengantarabangsakan bakat dan karya tempatan.

Dianjurkan Stagemaker Sdn Bhd, festival yang memberikan “Inspirasi artistik. Kreativiti tanpa batas” itu tampil dengan tema rock alternatif dan metal bagi acara sulungnya. Ia dijadual berlangsung di pentas Metal Dreamscape, Studio Mantin, Negeri Sembilan pada 8 September ini,

Dirangka sebagai sebuah acara tahunan, Penerbit dan Pengarah Teknikal, Nazrul Embia Nazarudin, berkata SoulFest dibangunkan untuk menjadi sebuah jenama yang membina perspektif baharu dalam usaha pengembangan seni dan budaya tanahair.

Dibahagikan kepada lima segmen, menurutnya, ia merangkumi Arts Meet Tech, Rising Stars, Icon Lounge dan Arts Bazaar, selain Music Haven yang akan menampilkani konsert di pentas canggih yang dibina menerusi pengaplikasian gabungan animasi dan teknologi.

Festival berdurasi selama tiga jam itu akan bermula pada jam 8.30 malam. “Bertema rock alternatif dan metal, tarikan utama tentulah konsert pertama unplugged Cromok yang mengisi segmen Music Haven.

Turut menampilkan Nrocinu dan Tebabo, SoulFest 2024 boleh dihadiri sama ada secara fizikal, terhad untuk 300 peminat, di Metal Dreamscape, Studio Mantin atau secara Live Streaming.

“Sejarah akan ditempa menerusi SoulFest, iaitu sebuah perjalanan ke dalam nadi ekpresi artistik, melodi-melodi penuh jiwa, inovasi seni teknologi dan jiwa inspirasi, di samping menjadi platform bagi menampilkan bakat-bakat muda, daripada muzik, teater malah ukiran,” katanya.

Tiket fizikal kini boleh didapatkan pada harga RM159, manakala RM69 untuk tontonan secara dalam talian. Sila layari www.soulfest.my untuk pembelian. Jelas Nazrul Embia, festival itu juga akan diselang-seli, antaranya dengan penampilan dua pemain gitar muda bagi segmen Rising Stars, iaitu Nur Irfana Mohd Ibrahim, 17, yang mencipta sensasi menerusi akaun TikTok @fan4aa dan Harris Ikmal Mohd Saifulnazim, 12, yang dikenali sebagai @whynotharris.

TEBABO

“Tamu Rising Stars diharap dapat menjadi sumber inspirasi untuk anak-anak seni dan artis berbakat, dan menjana ekonomi melalui industri hiburan, selaras visi menjadikan SoulFest platform bagi mempromosi seni dan budaya, terutamanya bakat tempatan.

“SoulFest juga menyediakan platform e-dagang di bawah Arts Bazaar bagi produk kreatif, dan penonton juga akan diajak mengenali ZFX Industries, nadi di sebalik penghasilan pedal gitar berkelas dunia menerusi segmen Arts Meet Tech,” jelasnya.

Sementara itu, pemain gitar Cromok, Karl menyifatkan Live Streaming sebagai alternatif bagi ribuan peminat mereka, terutama di luar Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan unplugged itu.

“Kerana Cromok sering beraksi di Kuala Lumpur, ini adalah peluang untuk peminat di luar ibu kota, termasuk di luar negara menonton Cromok. Ini penampilan pertama Cromok secara unplugged, menggunakan alat akustik dengan susunan muzik yang unik, satu yang jarang dilakukan oleh sebuah band metal.

“Sepentas Cromok ialah Nrocinu, antara band yang menepati piawaian sebagai sebuah band rock alternatif dan metal, selain Tebabo dalam usaha mengangkat band baharu yang memerlukan peluang untuk dikenali di pasaran,” katanya yang turut menyokong penyertaan pemuzik semuda Nur Irfana dan Harris Ikmal yang “perlu ditonjolkan” kerana kemahiran bermain gitar mereka yang mengagumkan.

Tandakan 8 September ini di kalendar anda untuk menikmati pengalaman unik festival di SoulFest 2024, sekali gus memulai trend dalam menikmati hiburan secara dalam talian yang merentasi sempadan dunia.

Ikuti Soulfest.my di semua platform media sosial untuk perkembangan dan info lanjut.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page