January 26, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Converse Malaysia Lancar Kempen ‘All Star Kelas 2026’, Sokong Bakat Kreatif Tempatan

Spread the love

Converse Malaysia secara rasmi melancarkan program ‘All Star Kelas 2026’yang telah berlangsung pada 18 Oktober lalu.  Ianya di adakan sebagai sesi penyambutan intim yang menghubungkan pencipta baharu dengan mentor, sumber program, dan komuniti kreatif yang lebih luas. Acara ini dirangka khas untuk memberi laluan kepada bakat muda dalam bidang ilustrasi, muzik, filem, fesyen, dan skateboarding untuk mencipta dan berkongsi karya yang memberi impak

Menurut kenyataan wakil rasmi Converse Malaysia, program Converse All Star bertujuan memperkasakan pencipta muda dengan akses kepada pembelajaran, kerjasama, dan peluang menghasilkan karya berkualiti.

Sesi pengenalan program turut menekankan aspek tatakelakuan peserta, garis masa program, kualiti hasil tugasan, dan ketelusan dalam penyertaan. Dua figura kreatif terkemuka Malaysia dijemput untuk berkongsi pengalaman antaranya ialah Jayee (MonKiddo), ilustrator dan pengarah seni yang terkenal dengan watak imaginatif bersifat harian dan bersahaja dan Dr. Kamal Sabran, artis dan akademik di sebalik Space Gambus Experiment, yang menggabungkan alat muzik tradisional dengan bunyi elektronik serta menyelidik hubungan antara seni, bunyi, dan kesejahteraan.

Acara ini turut menayangkan video Love Chuck Skate Tour, sebahagian daripada kempen serantau Converse yang merakam perjalanan merentas Malaysia dan Singapura. Video ini mengetengahkan lokasi skateboarding tersembunyi, komuniti tempatan, serta hubungan yang terjalin melalui pergerakan kreatif.

Malam tersebut diteruskan dengan persembahan langsung oleh Space Gambus Experiment, yang menyatukan bunyi tradisional tempatan dengan muzik elektronik moden, diikuti persembahan penuh tenaga kumpulan The ExAct yang memukau para All Star dan tetamu.

“Converse percaya bahawa kreativiti berkembang melalui komuniti. Dengan menghubungkan All Star kepada mentor, rakan seangkatan, dan projek sebenar, kami membantu mereka menemui suara dan audiens,” tambah wakil tersebut.

Program Converse All Star merupakan program komuniti global yang menyokong pencipta muda daripada pelbagai disiplin. Peserta program mendapat akses kepada bengkel, bimbingan, dan peluang kerjasama yang membantu mereka mengasah kemahiran serta membina rangkaian yang bermakna.

Pelbagai acara telah di adakan antaranya adalah Sesi pengenalan All Star Kelas 2026, Perkongsian inspirasi oleh MonKiddo dan Dr. Kamal Sabran, Tayangan perdana Love Chuck Skate Tour, Persembahan live oleh Space Gambus Experiment dan The ExAct.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @converse_my_ dan gunakan hashtag #conversemy.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page