September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Cara Wings Hargai Peminat

3 min read
Spread the love

Berdiri teguh di bawah kibaran ‘Panji Panji Wings’ yang memasuki usia 38 tahun bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai halangan terpaksa di tempuhi demi membina sebuah legasi.  Namun tanpa sokongan peminat mungkin legasi itu sukar untuk dibina.

Bagi menghargai sokongan peminat, Wings memperkenalkan tiket harga ‘rahmah’ bersempena konsert ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ yang di anjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak sebagai Rakan Strategik.  Konsert tersebut bakal di adakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini.

“Konsert ini sebenarnya adalah evolusi kepada konsert yang telah berlangsung di The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya jika ‘magis’ itu tidak kami kongsikan kepada peminat di sini”, ujar Datuk Awie ketika ditemui media sewaktu pelancaran konsert yang di adakan di Starhill Kuala Lumpur  pada 31 Oktober lalu.

“Sebagai menghargai sokongan peminat baru dan lama, kami turut mengenakan harga tiket yang mampu dibeli oleh semua peminat, meskipun ianya berada di Rockzone namun harga yang kami tawarkan cukup ‘rahmah’ dan tidak di dapati dimana-mana konsert sebelum ini”, ujar beliau.

Bukan hanya penawaran tiket harga ‘rahmah’ tetapi turut memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka yang berusia 7 tahun ke atas untuk bersama-sama menikmati tona muzik bermula ‘Belenggu Irama’ hingga ‘Menakluk Kosmos’ yang mampu menjadi terapi jiwa khalayak sejak dahulu hingga kini.

“‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ bakal menterjemahkan unsur teatrikal dan elemen pementasan, permainan cahaya, paparan video, kostum menarik dan perjalanan sesebuah kisah di atas lanskap pentas itu nanti”

“ Apa yang pasti konsert yang berdurasi hampir 3 jam ini cukup istimewa dan lain dari konsert-konsert sebelum ini.  Kami pasti anda yang hadir akan teruja dengan apa yang bakal kami persembahkan”

“Saya tidak mahu janji bulan dan bintang, anda hadir ..anda rasai ..anda nikmati Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter”, jelas pemilik Awie lagi.

Sementara itu Datuk Awie menyelar mana-mana pihak yang menganggap Wings tidak cakna dengan situasi semasa yang melanda global hari ini.

“Wings akan terus mengadakan konsert biarpun dilabel tidak sensitif dengan nasib penduduk di bumi Gaza yang kini sedang bergolak.  Muzik ini adalah karier utama kami, ini adalah periuk nasi kami.  Habis kalau tak menyanyi nak makan apa? Siapa nak beri makan anak bini dan tanggung persekolahan?”, ujar Awie

“Walaupun masih teruskan kehidupan seperti biasa, tapi jiwa kami tetap bersama rakyat Palestin. Tak perlu tunggu konsert untuk tunjukkan solidariti. Konsert adalah punca kami cari makan. Namun, itu tidak bermakna Wings lupa pada penderitaan ditanggung rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Zionis.

Bagi menunjukkan solidariti, Wings akan menganjurkan satu konvoi ke sebuah negeri antara 13 hingga 15 November ini.  Acara yang dikenali sebagai Solidariti Wings Motogang Society, bakal membabitkan lebih 300 motosikal daripada komuniti Wings, tetapi mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pemilik motosikal berkuasa besar.

Acara itu bakal diadakan di satu lokasi yang akan diumumkan kelak, aktiviti itu bukanlah mensasarkan untuk meraih kutipan derma, sebaliknya lebih kepada tanda sokongan dan solidariti kepada Palestin.

“Kami tidak fokus pada sumbangan. Apa yang penting, kami nak tunjukkan solidariti dan ini bukan soal duit semata-mata.  Sebaliknya, kami mahu beramai-ramai melaungkan sokongan pada Palestin, itu lebih afdal dari segala-galanya. Lebih ramai lagi baik kerana kami juga akan adakan solat hajat di sebuah masjid,” katanya.

Peminat boleh mendapatkan tiket konsert yang berharga RM95 – CAT 5 Free seating, RM135 – CAT 4 Free seating, RM175 – CAT 3 Free seating, RM155 – CAT 2 Free seating, RM205 – CAT 1 Free seating

RM125 – Rockzone Free standing, RM355 – Rock Gold numbered seat, RM335 – Rock Silver numbered seat, RM455 – Rock Emperor numbered seat. Pembelian boleh di buat dengan melayari https://wings.ubertickets.asia.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page