September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Butterfingers ‘Lepas Geram’ Di Nusafest

2 min read
Spread the love

Kali terakhir Butterfingers mengadakan konsert solo mereka adalah pada tahun 2019, dimana ketika itu mereka merayakan ulangtahun album ‘Transcendence’ yang telah di adakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Meskipun ianya adalah konsert solo Butterfingers namun rata-rata peminat mahupun mereka sendiri seakan tidak puas apabila kadak selaku bassis telah dikejarkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya ketika itu tidak terlalu baik.

Festival Nusafest yang berlangsung selama 2 hari, dimana Butterfingers telah memikul tugas sebagai ‘headliners’ pada hari kedua festival yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Band yang cukup kuat dengan genre grunge itu ternyata mempamerkan kewibaan antara pelopor irama grunge yang cukup berpengaruh di Malaysia.  Buktinya lebih 10,000 peminat telah memenuhi ruang hadapan pentas bagi menyaksikan ‘kelahiran semula’ Butterfingers.

Loque, Emmet, Kadak dan Loko membuktikan bahawa mereka punya kelompok peminat setia, apatah lagi masing-masing punya karekter unik ketika berada di atas pentas yang tidak perlu dipertikaikan. 

Di atas pentas yang cukup besar berencahkan sistem bunyi yang cukup mudah dihadam oleh halwa telinga Butterfingers dilihat cukup energatik dan kadangkala mereka ‘liar’ seolah-olah memberi gambaran bahawa inilah waktunya untuk melepaskan segala yang terpendam di hati.

Ibarat ‘dendam’ yang tertunai, Butterfingers melontarkan setiap lagu seraya diikuti nyanyian daripada khalayak yang rata-rata adalah remaja ‘tua’ yang membesar dengan lagu-lagu Butterfingers.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah seperti Garden City, Mokhsa, Fire Is A Curse, Stoleng, Chemistry, Malayneum, Ruin By Selling Out, Gegurl Friday, Farenheit dan lain-lain.

Nusafest turut menampilkan band-band daripada Indonesia, Singapura dan Malaysia.  Antara band yang beraksi pada hari kedua adalah seperti FourTwenty, Kugiran Masdo, The Changcuters, Pusakata, The Pinholes, Budak Nakal Hujung Simpang, Diskoria, Gerhana Skacinta, Monoloque dan Jemson.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page