September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Butiran Lengkap Konsert Loudness Yang Bakal Diadakan Di Kuala Lumpur Tahun Ini Telah Didedahkan!

4 min read
Spread the love

Setelah ramai peminat kumpulan gergasi heavy metal Loudness di Malaysia tertanya-tanya mengenai butiran konsert kumpulan tersebut yang bakal diadakan di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur tahun ini, butiran lengkap mengenai konsert tersebut akhirnya telah didedahkan semalam oleh penganjur konsert tersebut; Rockstage Entertainment. Butiran lengkap konsert tersebut telah didedahkan oleh Rockstage Entertainment di laman Facebook rasmi mereka pada sebuah pautan yang dimuat naik oleh mereka.

Bertajuk ‘Konsert Rockstage VIII – Greatest Ever Heavy Metal Live in Malaysia’, Rockstage Entertainment mengatakan bahawa konsert itu akan diadakan pada tanggal 14 September 2024 dan tempat di mana berlangsungnya konsert tersebut adalah di Zepp Kuala Lumpur. Rockstage Entertainment juga mendedahkan kemas kini menarik mengenai harga tiket dan faedah tambahan untuk mereka yang ingin menghadiri konsert itu.

“Bertentangan dengan pengumuman sebelum ini, harga tiket kini bermula dari RM260 yang mampu milik sahaja, berbanding RM280 sebelum ini. Ini akan memberikan para peminat akses yang lebih besar apabila menghadiri acara ini,” kata Rockstage Entertainment pada pautan di lama Facebook mereka itu.

Rockstage Entertainment pada pautan tersebut juga mengatakan bahawa kategori tiket adalah seperti berikut:

  • CAT 1: RM260 (Rock Zone)
  • CAT 2: RM350 (Tempat Duduk Premium)
  • CAT 3: RM320 (Tempat Duduk Biasa)
  • Petak RSE: RM550 (Terhad kepada 10 orang setiap petak dan hanya terdapat lapan petak di Zepp Kuala Lumpur)
Pelan tempat peminat di Zepp Kuala Lumpur untuk Konsert Rockstage VIII – Greatest Ever Heavy Metal Live in Malaysia

Sebagai tambahan kepada persembahan Loudness yang bakal mendebarkan para peminat mereka di Kuala Lumpur, Rockstage Entertainment juga berkata bahawa para hadirin boleh menikmati pemberian barangan percuma seperti poster, ‘special entrance’, akses lounge dan kemeja-t Rockstage jikalau mereka membeli tiket di Petak RSE.

“Bagi mereka yang mencari pengalaman yang tidak dapat dilupakan, peluang berjumpa dengan kumpulan Loudness (Meet & Greet) telah disediakan oleh pihak penganjur pada harga RM350, membolehkan peminat bertemu kumpulan itu dan mengabadikan kenangan bersama Loudness di Kuala Lumpur tahun ini.

“Selain daripada itu, para hadirin akan menerima beg tote percuma dan ‘bandana key’ sebagai barang-barang kenangan yang boleh dibawa pulang oleh mereka yang menghadiri konsert ini jikalau mereka membeli pakej Meet & Greet,” kata Rockstage Entertainment.

Rockstage Entertainment juga menegaskan bahawa adalah penting untuk memahami bahawa harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan, dan dengan kapasiti tempat Zepp Kuala Lumpur yang terhad kepada 2,200 orang, peminat digesa untuk tidak menangguhkan pembelian tiket mereka.

Selain daripada itu, Rockstage Entertainment juga berkata, bagi mereka yang mempunyai bajet yang ketat, Rockstage Entertainment menawarkan pilihan pembayaran yang fleksibel melalui Atome, membolehkan peminat membayar dalam tiga ansuran.

Tiket rasmi untuk acara Konsert Rockstage VIII – Greatest Ever Heavy Metal Live in Malaysia boleh dibeli melalui Ticket Empire, ejen tiket yang sah acara tersebut, melalui laman web Ticket Empire (www.myticketempire.com).

“Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berhubung pembelian tiket, Sokongan Tiket Empire boleh dihubungi melalui WhatsApp (https://wasap.my/60142053370),” kata Rockstage Entertainment.

Mengimbas kembali nostalgia konsert lepas, Rockstage Entertainment menggalakkan peminat-peminat acara yang dianjurkan oleh mereka untuk berkongsi keterujaan mereka dengan orang lain kerana konsert-konsert anjuran Rockstage Entertainment pasti akan menyimpan nilai sentimental untuk ramai di samping membangkitkan kenangan penuh dengan kegemilangan rock dan metal.

Oleh itu Rockstage Entertainment mahu peminat yang menyertai konsert itu berkongsi pengalaman mereka dengan semua orang dan merancakkan industri persembahan muzik di Malaysia melalui keterujaan mereka dengan muzik rock dan heavy metal.

“Jangan ketinggalan acara epik yang menjanjikan kehebatan ini. Mari kita angguk kepala bersama-sama dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan! Jangan ragu untuk menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut… rock on!” ujar Rockstage Entertainment.

Gergasi heavy metal Jepun, Loudness, akan kembali ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur untuk membuat persembahan konsert di Zepp Kuala Lumpur tahun ini dan sekiranya Loudness beraksi di Malaysia pada tahun, ini adalah kali pertama dalam tempoh masa lima tahun kumpulan itu akan beraksi di Malaysia, dimana kali terakhir mereka membuat persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2019 di The Bee, Publika.

Loudness dikatakan sebagai kumpulan perintis genre heavy metal di Jepun, lebih-lebih lagi sewaktu awal kewujudan mereka pada akhir 1970-an dan awal 1980-an. Sebagai salah satu kumpulan Jepun pertama yang cemerlang dalam muzik heavy metal, mereka meletakkan asas untuk artis-artis rock dan metal Jepun selepas kewujudan mereka. Mereka juga menyumbang dengan ketara kepada pembangunan rock dan metal di negara asal mereka, Jepun.

Loudness mencapai kejayaan dan pengiktirafan antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat dan mereka adalah kumpulan Jepun pertama yang menandatangani dengan label antarabangsa utama iaitu Atlantic Records, yang melonjakkan kehadiran mereka di pentas muzik global.

Mereka sering melakukan jelajah tour secara meluas di Amerika Utara dan Eropah, yang menyebabkan mereka bukan sahaja memperoleh ramai peminat dari negara mereka sendiri, malahan segenap pelusuk dunia juga. Adalah tidak keterlaluan juga jikalau dikatakan bahawa asalkan seseorang itu meminati irama heavy metal ataupun rock, besar kemungkinan orang itu juga akan mengenali kumpulan Loudness.

Jikalau ada sesiapa yang belum mengenali kumpulan ini, lagu-lagu mereka seperti “So Lonely,” “Heavy Chains,” “Crazy Night” dan “Let It Go” bolehlah didengari terlebih dahulu sebagai rujukan. Ini adalah kerana lagu-lagu tersebut kini sudah terkenal di kalangan ramai peminat


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page