October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Boyz II Men Bakal Menggegar Megastar Arena Pada 25 Mei 2025

Spread the love

Kumpulan Ikonik R&B  Itu Kembali Menerusi Konsert “Boyz II Men Live In Kuala Lumpur”

Para peminat muzik, sila tanda tarikh di kalendar anda! Boyz II Men yang merupakan sebuah kumpulan legenda akan datang ke Kuala Lumpur pada 25 Mei 2025 bagi mengadakan persembahan di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh Shiraz Projects, konsert ini menjanjikan sambutan yang tidak dapat dilupakan dengan rangkaian lagu-lagu popular R&B, nostalgia dan muzik epik yang tidak dapat dilupakan serta yang mempamerkan kejayaan-kejayaan mereka mendahului carta selama lebih 30 tahun.

Boyz II Men telah mentakrifkan semula R&B dengan bunyi yang terus merentas generasi. Mulai End of the Road, hingga I&ll Make Love to You dan One Sweet Day, katalog hebat ikonik mereka telah memikat penonton di seluruh dunia, menjadikan mereka kumpulan R&B terlaris sepanjang zaman dengan album terjual melebihi 64 juta unit.

Gabungan keharmonian yang penuh perasaan dan tema berkekalan membuatkan peminat kembali untuk bertemu mata dengan mereka. Ditambah pula dengan kemunculan album terbaru mereka telah mendapat pujian ramai, membuktikan bahawa muzik mereka relevan dan digemari hari ini seperti sebelum ini.

Pernah merangkul 4 Anugerah GRAMMY®, 9 Anugerah Muzik Amerika, 9 Anugerah Soul Train, 3 Anugerah Billboard dan Anugerah MOBO 2011 untuk ‘Outstanding Contribution to Music’, kemeriahan penganugerahan Boyz II Men tiada tandingannya.

Mereka juga menerima Hollywood Walk of Fame dan Casino Entertainment Award untuk The Mirage Resort and Casino di Las Vegas, yang dilancarkan pada 2013.

“Kami sangat teruja untuk kembali ke Asia dan membawa pengalaman Boyz II Men ke Kuala Lumpur “kata Shawn Stockman. Energi dan kemesraan daripada peminat kami di Malaysia tidak seperti yang lain.

Para peminat di Kuala Lumpur boleh menjangkakan sebuah malam dengan lagu- lagu hits Boyz II Men, termasuk Motownphilly, I&ll Make Love to You dan End of the Road, di samping lagu-lagu baharu dan kejutan yang menarik.

Album 2011 mereka yang berjudul Twenty, meraikan dua dekad dalam industri muzik, menandakan kembalinya mereka kepada material asal dan mendapat sambutan hebat, memulakan debutnya di #20 di Billboard Top 200, dan memperoleh pujian untuk gabungan lagu klasik dan segar. Album 2014 mereka Collide mempamerkan bunyi baharu untuk kumpulan itu, dengan lagu-lagu seperti Better Half dan Diamond Eyes dipaparkan pada rancangan popular seperti The Bachelorette.

Namun ia lebih daripada sekadar muzik yang menjadikan konsert Boyz II Men istimewa. Khalayak boleh mengharapkan persembahan berkarisma, harmoni yang memukau dan beberapa kejutan yang tidak dijangka apabila kumpulan itu membawa bunyi R&B singantur mereka ke pentas dengan sentuhan kontemporari. Ini adalah satu konsert yang anda tidak boleh ketinggalan!

Tiket dijual mulai 10 Oktober 2024, jadi nantikan informasi terkini dan pengumuman dengan mengikuti akaun Shiraz Projects di media sosial.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga: RM 995 (Diamond – Seated), RM 795 (Platinum – Seated), RM 695 (Gold – Seated), RM 495 (Silver – Seated) dan RM 355 (Bronze Seated).  Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi 03-86050195 dan Hotline: 012-2560082.

Pembelian tiket menerusi www.myticket.asia.  Sebarang informasi terkini boleh layari website: www.shirazprojects.com, Facebook: shirazprojects dan Instagram: shirazprojects


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page