January 14, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Boney M Cipta Reminisensi dan Evolusi Sepanjang 50 Tahun

Spread the love

Lebih 50 tahun belantika Boney M dalam industri muzik adalah sesuatu yang cukup sukar untuk diterjemahkan, apatah lagi ianya di galas dengan penuh tanggungjawab oleh Maizie Williams demi memastikan panji-panji Boney M itu terus kekal relevan sehingga kini.

Buktinya sebuah ‘perayaan’ sempena jubli emas usia penubuhan Boney M telah di rialisasikan oleh Lo-Fi Entertainment dengan Front Row Entertainment selaku penganjur bersama telah menjampi lebih 3000 fanatika Boney M di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Meskipun konsert “Boney M 50th Anniversary Tour” akan berlangsung pada jam 8 malam, rata-rata peminat sudah memenuhi dewan acara sekitar jam 6 petang.  Fenomena yang agak luar biasa apabila rata-rata khalayak yang hadir ke konsert ini berusia 40 tahun dan ke atas.  Sungguhpun begitu ada juga kelihatan remaja yang hadir menemani orang tua mereka.

AirAsia Dancers terlebih dahulu memanaskan dewan dengan tarian era 70an sambil ‘ditemani’ lagu One Way Ticket nyanyian asal Neil Sedaka yang kemudiannya di popularkan oleh Eruption.  Meskipun lengkap dengan uniform rasmi AirAsia ianya sedikit pun ‘membunuh’ tema.

Pentas mula dikuasai oleh Boney M, kehadiran Maizie Williams yang berbusana gaun merah ternyata mengamarahkan lagi seluruh dewan yang dingin.  Beliau turut disertai penyanyi lain, iaitu Kelly Rahman, Samantha Scott dan Doreen Patel, yang memukau penonton dengan barisan lagu ‘hits’ malar segar untuk mempamerkan legasi Boney M.

Senarai lagu termasuk lagu klasik yang malar segar seperti ‘Sunny’, lagu yang mencetus gelombang, selain ‘Daddy Cool’, ‘Hooray Hooray’, ‘Belfast’, ‘Ma Baker’, ‘Malaika’, ‘Calendar Song’, ‘Bahama Mama’, ‘I Shall Sing’ dan ‘No Woman, No Cry’ nyanyian Bob Marley.

Tidak hanya berkiblatkan muzik funk dan disco, Boney M juga turut memilih untuk bereksperimentasi dengan genre reggae.  Ternyata pertaruhan 3 genre tersebut menjadi evolusi muzik yang didambakan.

Meskipun Maizie Williams yang kini sudah berusia 73 tahun kekuatan vokal yang serasi dengan energinya sedikit pun tidak melambangkan usianya apatah lagi tarian 70’ nya masih kekal.

‘Perayaan’ jubli emas Boney M diteruskan dengan ‘jampi’ yang lebih mengajak khalayak untuk memutar waktu ke tahun 70an, dimana Maizi Williams, Kelly Rahman, Samantha Scott dan Doreen Patel mengenakan busana berkilauan .

Beliau mempersembahkan lagu-lagu kegemaran ramai seperti ‘Brown Girl in the Ring’, ‘Rasputin’, ‘Bahama Mama’ dan ‘Rivers of Babylon’ sekaligus menyaksikan khalayak mula meluru ke bahagian hadapan pentas untuk menari dan bernyanyi bersama.

Boney M bukan sahaja membawa penonton lama ‘larut’ dalam dunia ciptaannya tetapi  turut ‘mengkhayalkan’ generasi baru untuk terus bersama merayakan perjalanan seni lebih 5 dekad itu.

Antusiasme penonton yang sangat tinggi menunjukkan bahwa musik mereka tetap relevan, dan warisan Boney M akan terus dikenang di dunia musik.  Boney M penutup tirai konsert dengan lagu Gotta Go Home.

Untuk rekod konsert jelajah “Boney M 50th Anniversary Tour” terlebih dahulu telah bermula di Kuching, Sarawak ( 4 Januari), Jakarta, Indonesia (10 Januari), Kuala Lumpur (12 Januari) dan Singapura (15 Januari).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page