February 5, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Bloodshed, FOR dan Senna Sedia Menggempur

Spread the love

Konsert ‘Pentas Manifestasi’ Bakal Berlangsung Pada 22 Februari Ini di Warisan Hall, Sijangkang

Manifesto ‘Rock Never Die’  ternyata diimplimentasikan sebaik mungkin oleh penggemar mahupun pendukung genre berpaksikan rock.  Bukan sekadar angganan kosong tetapi itulah yang menjadi peniup semangat buat 3 buah kumpulan yang sudah mencipta evolusi mereka sendiri.

Bloodshed, FOR dan Senna bagaikan sebuah jenama yang telah berjaya menghimpun peminat muzik untuk terus memastikan panji-panji ‘Rock’ itu terus berkibar.  Meskipun terdapat propaganda yang mengatakan ‘Rock Itu Telah Mati’.  Hakikatnya nuansa itu terus kekal bernadi di jiwa malah ianya bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, begitulah kewujudan kumpulan-kumpulan baharu.

‘Pentas Manifestasi’ bukan sekadar konsert—ia adalah letupan semangat, sebuah penghormatan kepada legasi rock Malaysia, dan pentas kebangkitan generasi baharu.  Bakal berlangsung pada 22 Februari 2025, jam 8.30 malam di Warisan Hall Studio, Sijangkang.

BLOODSHED – KEMBALI MENGAUM

Mereka bukan sekadar legenda, mereka adalah lambang keagungan rock Malaysia! BLOODSHED bakal memukau anda dengan rentak keras dan melodi yang mengusik jiwa. Biarpun hanya membariskan Hamdan Reko (Gitaris) dan Judy (Kibordis) ianya sedikit pun tidak memadamkan api Bloodshed.  Malah kekuatan ‘jentera’ terus dipaterikan bersama tenaga muda agar muzik bawaan kumpulan yang di asaskan pada tahun 1985 itu terus kekal relevan.

Muzam (Vokalis), Said Hashim (Bassis) dan Bard (Dram) kini sudah bersiap sedia untuk mengembalikan jenama Bloodshed ke persada seni muzik tempatan.  Apa yang pasti mereka bakal mengalunkan lagu-lagu hits seperti “Serikandi Cintaku”, “Samarkand”, “Manusia Dan Janji” dan banyak lagi dalam konsert itu nanti.

Kami kembali bukan sekadar untuk bermain muzik, tetapi untuk menyalakan semula semangat rock yang abadi!”, ujar Hamdan Reko selaku gitaris Bloodshed

“Pentas Manisfestasi bukan sekadar sebuah persembahan tetapi lebih berpaksikan ukhwah kami bersama peminat yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong Bloodshed.  Selain itu ianya adalah isyarat awal untuk kami terus melangkah”, tambahnya.

KEHANGATAN DARI SENNA & F.O.R – PELAPIS YANG MENGGEGAR

Rock bukan sekadar tentang masa lalu, ia juga tentang masa depan! SENNA dengan single terbaru mereka “Ampunkanlah” dan F.O.R (Family Of Rock) dengan lagu “Pergimu Bersama Mimpi” akan menambahkan tenaga dan semangat yang menggila ke dalam malam bersejarah itu nanti.

“Kami bukan hanya mahu menghibur, kami mahu memastikan rock terus hidup! Pentas Manifestasi adalah bukti bahawa semangat rock masih membara!” – vokalis Senna.

Sementara itu, Ariefin selaku Pengarah Acara turut meletakkan sasaran penonton seramai 300 orang, memandangkan dewan acara yang hanya mampu menampung peminat sebanyak itu.

“Kami faham bukan mudah untuk mendapatkan bilangan peminat seramai 300 orang ketika ini, memandangkan pelbagai faktor.  Namun kami percaya dengan kemampuan dan kredibilit serta kekuatan ketiga-tiga band itu, mereka punya aura tersendiri”, ujar Ariefin.

Pentas Manisfestasi bukan sekadar sebuah persembahan biasa tetapi ianya adalah merupakan gabungan rock klasik dan moden yang menyatukan dua generasi, satu pentas, satu semangat.  Ianya juga bagaikan sebuah nostalgia bertemu adrenalin yang membungakan kenangan lama bertaut dengan tenaga baharu.

Peminat boleh mandapatkan tiket yang berharga RM80.00 yang telah mula dijual.  Sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh menghubungi 019-2407994 (Mentari Merah) dan 019-6947784 (Chip Malaya).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page