September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Bintang K-pop B.I Sedia Untuk ‘HYPE UP’ Bersama Peminat Malaysia, Jun depan

Spread the love

Tiket Akan Mula Dijual Pada 6 Mei Ini

Bersedia untuk bersuka ria dengan B.I kerana penyanyi dan penari rap K-pop itu akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya – dikenali sebagai ID yang bermaksud “identiti” – pada konsert solo pertamanya di sini.

B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment itu akan berlangsung di Mega Star Arena, KL pada jam 6 petang, Ahad, 30 Jun 2024. Tiket mula dijual pada hari Isnin, 6 Mei jam 12 tengah hari melalui www.ticketingtix.com

Dilahirkan sebagai Kim Han-bin, B.I menjadi terkenal sebagai bekas ketua kumpulan idol iKON sebelum muncul semula sebagai penyanyi solo pada tahun 2021 di bawah label 131, yang turut diasaskannya, dengan album single “Midnight Blue (Love Streaming)”, kemudian dia juga menyalurkan sumbangan kepada World Vision untuk menyokong kanak-kanak dalam krisis.

Dengan dua album studio (“Waterfall” dan “To Die For”) dan empat EP (“Cosmos”, “Love or Loved Part.1”, “Love or Loved Part.2” dan “Tadaima”) dan diikuti dengan tour dari Asia ke Eropah sehingga dia menjadi sebahagian daripada barisan pemuzik utama untuk festival muzik Lollapalooza dan francais Rolling Loud.

B.I juga telah bekerjasama dengan pelbagai artis dalam lagunya, termasuk Destiny Rogers dan Tyla Yaweh pada “Got It Like That”; Bipolar Sunshine dan Afgan untuk “Lost at Sea (Illa Illa 2)”; Jessi untuk lagu “Die for Love”, serta Soulja Boy dan DeVita menerusi lagu “BTBT”, yang dinobatkan sebagai salah satu Lagu K-pop Terbaik 2022 oleh majalah Time.

Dia juga dikenali sebagai penulis lagu dan penerbit, B.I ialah ahli Persatuan Hak Cipta Muzik Korea dengan lebih daripada 100 lagu didaftarkan di bawah namanya, yang kreditnya termasuk Blackpink dan Psy, antara nama besar lain dalam K-pop.

Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur dan harga tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4:

HYPE Zon– RM788 (Faedah Untuk Peminat: Menonton B.I buat soundcheck, 700 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi, 700 peminat berpeluang HiTouch dengan B.I, 60 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat album B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

UP Zon – RM688 (Faedah Untuk Peminat: 150 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan, setiap sesi 20 orang, 150 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat merchandise B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

BE Zon – RM538 (Faedah Untuk Peminat: 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

IDENTITY Zon – RM338 Sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page