Bigo Live Lancar Pertandingan Nyanyian Realiti Baharu: ‘BIGO The Four! Battle for Glory’ Tawar Hadiah RM5,000

Platform penstriman langsung global terkemuka, Bigo Live, memperkenalkan satu pertandingan nyanyian yang bakal mencetus fenomena baharu di Malaysia – ‘BIGO The Four! Battle for Glory’, pertandingan bakat secara langsung yang penuh aksi dan debaran. Bertujuan mencungkil bakat vokal terbaik dari seluruh negara, pertandingan ini akan berlangsung selama tiga bulan, dengan pendaftaran dibuka dari 19 Mei hingga 16 Jun 2025.
Menggabungkan elemen hiburan masa nyata dan kompetisi berprestij, pertandingan ini menyaksikan penyanyi-penyanyi berbakat bertarung dalam persembahan mingguan secara langsung, dengan hanya empat peserta terbaik setiap minggu akan dikenali sebagai ‘The Four’. Namun, kedudukan mereka tidak dijamin, kerana mereka akan terus dicabar oleh ‘The Challengers’ yang bersedia untuk merampas tempat dalam kelompok teratas.
Menambah nilai kepada pertandingan ini, semua peserta akan menerima bimbingan daripada dua jurulatih vokal profesional terkenal, Sarah Ismail dan Pengiran Khairul Qayyum, bagi memaksimumkan potensi dan memperkemas mutu persembahan sepanjang kempen ini berlangsung.

“Menerusi ‘BIGO The Four! Battle for Glory’, kami ingin menyerlahkan bakat vokal hebat di Malaysia sambil memupuk semangat komuniti dan kreativiti melalui penstriman langsung,” kata jurucakap Bigo Live Malaysia. “Matlamat kami adalah untuk menjadi pentas global bagi para pencipta kandungan mengekspresikan kreativiti, bakat dan minat mereka.”
Peluang Menang Wang Tunai dan Hadiah Eksklusif
Pertandingan ini bukan sahaja menjanjikan publisiti dan pengiktirafan kepada peserta, tetapi turut menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk wang tunai, BIGO Beans, trofi, dan barangan eksklusif Bigo Live. Seorang pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta barangan rasmi daripada pihak penganjur.
Cara Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada semua hos, pengguna dan orang awam yang menetap di Malaysia. Terdapat beberapa cara untuk menyertai:
- Sertai uji bakat melalui acara Livehouse
- Dicalonkan oleh agensi atau ‘Family’ dalam ekosistem Bigo
- Calonkan diri sendiri melalui laman web rasmi Bigo Live
- Hantar video penyertaan di media sosial dengan tanda pagar #The4Battle dan #bigolivemy
Semua maklumat lanjut termasuk peraturan, jadual dan struktur hadiah boleh diakses menerusi aplikasi Bigo Live.
Tarikh Penting:
- Tempoh Pendaftaran: 19 Mei – 16 Jun 2025
- Sesi Uji Bakat: 18 – 30 Jun 2025
- Pertandingan Mingguan: 1 – 31 Julai 2025
- Redemption & Popular Stage: 6 Ogos 2025
- Grand Finale: 13 Ogos 2025

‘BIGO The Four! Battle for Glory’ menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh kedudukan Bigo Live sebagai platform hiburan digital yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut memperkasakan komuniti kreatif di Malaysia. Ayuh, rebut peluang untuk bersinar di pentas maya dan jadi sebahagian daripada fenomena BIGO!