October 14, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

BFW 2025 Tampil Penuh Gaya dan Makna

Spread the love

Borneo Fashion Week (BFW) 2025 menutup tirai dengan penuh bergaya selepas berlangsung dua hari pada 10 dan 11 Oktober di Pavilion Damansara Heights. Bertemakan “Fashion With Purpose”, acara ini meraikan keindahan fesyen moden sambil mengangkat nilai warisan, kelestarian dan kreativiti Borneo.

Diasaskan oleh bekas ratu cantik dan personaliti fesyen, Stephanie Alcantara, BFW menghimpunkan pereka, model dan pencinta fesyen di bawah satu visi memperjuangkan keindahan beretika dan beridentiti.

Hari pertama menampilkan rekaan memukau daripada GC Jade, Bilang, Clarissima, Even Ong, Aldrin Artistry, Hayden Ng, Nasha Prive, Barzwang, Inayad, Wan Bynun, Jay K, Maswira Majid dan Ocely yang menggabungkan tradisi dan inovasi moden. Hari kedua pula diserikan dengan sesi penghargaan penaja dan pertunjukan koleksi oleh Indra Murak, December Teo, Bianca, Saerah R. Kunjan dan Angelique, diakhiri malam anugerah berprestij.

Anugerah utama menyaksikan Saerah R. Kunjan menerima Green Thread Award, Ocely dinobatkan Most Promising Designer, Barzwang sebagai Emerging Designer of The Year dan Nasha Prive sebagai Designer of The Year. Model Rania dan Ariq pula diiktiraf Model of The Year.

Menurut Stephanie, kejayaan edisi kali ini membuktikan Borneo bukan lagi pemerhati dalam dunia fesyen tetapi pemain penting yang membawa nilai, jiwa dan keaslian. “BFW bukan sekadar pertunjukan fesyen, ia adalah pergerakan yang meraikan warisan dan kelestarian,” katanya.

Dengan penyertaan pereka antarabangsa dan sokongan komuniti kreatif, BFW 2025 berjaya meletakkan Borneo di peta fesyen Asia sebagai pusat gaya yang beridentiti dan bermakna.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page