November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Beyond The Misguided Pertaruhkan ‘Set Me Free’

Spread the love

Unit Melodic Metalcore muda ini ditubuhkan sewaktu pandemik COVID-19 melanda dunia pada 2021 oleh Nikki (gitar) dan Vish (dram,Modar). Pada awal 2022, Beyond The Misguided dilengkapkan dengan Amir Ridhwan (bass,AKTA), Jet (gitar), dan Zarief Radke (vokal) yang datang dari lokasi berlainan seluruh Malaysia.

Setiap ahli dalam Beyond The Misguided membawa pengaruh muzik tersendiri seperti Groove Metal, Technical Death Metal, Melodic Death Metal, Symphonic Metal, dan Hardcore Punk yang kemudian digaulkan menjadi Melodic Metalcore yang menjadi teras muzik mereka.

Mereka juga menjadikan As I Lay Dying, Bullet for My Valentine, Massacre Conspiracy dan Sekumpulan Orang Gila sebagai penanda aras muzik yang di dambakan.

Setelah mengeluarkan beberapa single dan bermain persembahan pentas,Beyond The Misguided akhirnya mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul Set Me Free yangmenampilkan 5 trek yang berfokuskan gaya Melodic Metalcore.Beyond The Misguided sedang dalam siri jelajah menyokong Sekumpulan Orang Gila (SOG) untuk 2024.

“ Set Me Free” mengangkat tema pembebasan dan pemberontakan daripada cengkaman penindasan. Menurut Nikki (gitaris), “EP ini adalah battle cry kepada mereka yang ditindas agar bangkit melawan dan mengejar kebebasan diidamkan. Tak kira apa jenis penindasan pun; prejudis masyarakat, tindakan ketenteraan mahupun internal strugglesSet Me Free adalah soundtrack untuk kita semua bangkit!”

Kesemua lagu yang terdapat dalam EP ini di tulis sendiri,  dirakam dan diadun di beberapa studio berbeza. Amir Ridhwan (bass) menjelaskan “Set Me Free menjalani proses yang panjang sebenarnya. Selain cerewet memastikan kualiti akhir yang menepati citarasa kami semua, semua ahli band turut mempunyai input dalam setiap trek dihasilkan.”

Set Me Free menjamu pendengar dengan stail Melodic Metalcore yang bertenaga dan crushing. Permainan gitar yang menawan pendengaran bersilih-ganti antara backbreaking chugs dan melodic riffs, diiringi vokal berkembar harsh dan clean, permainan bass yang face-punching, diawangi permainan dram yang keras lagi jitu serta dilengkapi permainan keyboard secukup rasa.

Antara lagu yang terdapat dalam EP ini adalah Diary Of Pain, Misguided, Paksi Tiga, Evermore dan Intolerance.

Beyond The Misguided boleh dihubungi:

Instagram: https://www.instagram.com/beyondthemisguided/

Youtube: https://www.youtube.com/@beyondthemisguided

Twitter: https://twitter.com/BTMMC22

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100089051915769

Tiktok: https://www.tiktok.com/@beyondthemisguided

Email: [email protected]


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page