November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Berjaya! Konsert Bunkface Rock Di Borneo Mengghairahkan 2000 Penonton Di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah

Spread the love

Konsert Bunkface Rock di Borneo yang berlangsung di KDCA (Kadazan Dusun Cultural Association), Kota Kinabalu, Sabah, pada 19th July lalu mencatat kejayaan cemerlang dengan penyertaan lebih 2000 penonton. Acara berjalan lancar dengan persembahan memukau daripada kumpuan Bunkface.

Persembahan malam itu dimulakan dengan band jemputan yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu, DAISY DREAM. Mereka telah memanaskan suasana dengan set 30 minit sebelum Bunkface memulakan persembahan mereka tepat pada jam 8 malam.

Bunkface mempersembahkan lebih 20 lagu tidak termasuk sesi akustik bersahaja Sam di atas pentas sambil melayan permintaan lagu dari peminat yang hadir. Persembahan mereka telah memukau penonton dan mencipta satu kenangan yang tak terlupakan bagi semua yang hadir.

Konsert ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan penuh peminat dan penyokong industri seni tempatan. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepada Kementerian Komunikasi dan Digital melalui MyCreative Ventures di atas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi dan penaja kami: Batik Air (Rakan Penerbangan Rasmi), Ming Garden Hotel & Residence (Rakan Hotel Rasmi), Ratu Bayu Holidays (Rakan Pengangkutan Rasmi), ERA SABAH (Rakan Radio Rasmi), Hausboom (Minuman Rasmi), dan Tapau Asia (Rakan Tiket Rasmi).

Kejayaan ini telah mencerminkan populariti dan pengaruh Bunkface dalam kalangan peminat muzik di Malaysia. Konsert Bunkface Rock di Borneo menjadi satu platform unggul untuk bakat-bakat tempatan menonjolkan kebolehan mereka di pentas besar.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan kumpulan Bunkface, sila layari laman web rasmi kami di www.bunkface.com.my.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page