September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Belantara ‘Lepas Geram’

3 min read
Spread the love

Showcase di Stage One, PJ Performing Arts Centre, Petaling Jaya yang telah berlangsung pada 7 Disember lalu adalah merupakan edisi kedua selepas mereka membuat persembahan pada20 & 21 Februari 2020 di Damansara Performing Arts  Centre.

Showcase yang bersaksikan lebih 400 orang peminat setia ini boleh diklasifikasikan sebagai medan ‘lepas geram’ kumpulan Belantara ekoran pembatatan konsert ‘Jiwa Perjuangan’ yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Belantara yang di pelopori oleh Zaid dan Shukri menuntut di Washington State University, Pullman, Amerika Syarikat (AS), manakala Aziz pula di Universiti of Idaho, Moscow, AS.

Namanya mungkin kurang dikenali kerana fokus mereka lebih kepada lagu dan muzik. Meskipun lahir dengan 3 buah album namun ianya lebih bersifat ‘rebel’ kerana hanya mensasarkan penuntut universiti dan pelajar sekolah berasrama penuh.

Inilah ‘eksklusif’nya Belantara yang sarat dengan mesej-mesej tersirat yang didambakan menerusi lagu dan lirik sepertimana Cromok yang menjadi inspirasi peminat muzik metal kerana mereka juga di tubuhkan sewaktu masih lagi berstatus pelajar.

Belantara mengotakan janjinya, pentas di buka pada jam 8.30 malam.  Belantara dan Dewi memukau pesona dengan intro dan video mapping yang cukup mengujakan.  Apatah lagi ianya di satukan dengan sosok tubuh ‘Belantara’ yang pasti dirindui Belantarian.

“Sepertimana edisi pertama pada tahun 2020, anda adalah semangat kami..terima kasih atas sokongan yang tiada berpenghujung buat anda semua. Ianya lahir dari jiwa yang cukup dalam, terima kasih sekali lagi”, sapa Zaid selaku vokalis.

“Belantara di tubuhkan adalah untuk menyatakan expresi kami yang ketika itu jiwanya masih muda dan masih bertenaga.  Ini cara kami melepaskannya, meskipun ianya kedengaran macam rebel tetapi semangat cintakan negara masih utuh”, jelas Zaid lagi.

Usai menyapa peminat, Belantara terus menghamburkan lagu yang agak keras iaitu Panglima Angkasa dan Bunga Bangsa.  Muzik yang dihasilkan memberi makna tersendiri, cukup energi yang boleh membangkitkan semangat anak watan untuk mencintai tanahair.

Meskipun jiwa ‘kental’ seorang rockers, apabila dengar lagu yang berkiblatkan ‘cinta’ pasti luluh.  Mutiara membawa khalayak dengan pelbagai nostalgia sementelah lontaran vokal yang seiringan.  Inilah jiwa-jiwa rapuh yang bertopengkan ‘progresif dan agresif’.

Jentera Pemusnah mungkin agak janggal bagi peminat muzik balada, namun bagi peminat muzik keras, ianya boleh diklasifikasikan antara lagu terbaik Belantara.  Malah ada di kalangan Belantarian yang jatuh cinta dengan Belantara setelah mendengar lagu ini.

Airmata, Menari Dalam Hujan, Mereka dan Srikandi Di Sisi pasti menjadi seleksi ‘wajib’ hadiah buat halwa telinga khususnya mereka-mereka yang dahagakan kasih sayang.  Seleksi yang merungkai segala kekusutan jika hadir menyaksikan persembahan Belantara.

Shukri selaku bassis men’terjemah’kan Negara Mu Yang Utama di persembahkan dengan penuh penghayatan. Pelangi dan Nafiri, Lautan Cahaya dan Perintah Berkurung kemudiannya berkumandang.  Konsistensi Belantara terus di perkukuhkan meskipun jelas kelihatan Zaid yang sedikit ‘pancit’.  Usahlah diperlekehkan kredibiliti mereka, faktor usia  juga mungkin menjadi penyebabnya.

Destinasi Infiniti, Sutra, Jebat dan Bunga Matahari menjadi ‘encore’ kepada showcase edisi kali ini.  18 buah lagu pastinya menjadi ‘ubat’ sementara peminat Belantara yang rata-rata sudah berusia lebih 40an.

Edisi kali ini lebih berviarasi dan bervisi, mereka cukup bersedia dari segi mental dan fizikal meskipun terdapat beberapa ‘kekosongan’ sewaktu beraksi di atas pentas.  Jiwa mereka tetap rebel memperjuangkan apa yang hak selain mengimplimentasikan semangat patriotik yang di terapkan dalam lagu-lagu yang di hasilkan.

Komitmen, energi dan konsistensi yang di persembahkan oleh Zaid, Shukri dan Aziz wajar di berikan  pujian kerana mereka tetap teguh di bawah jenama Belantara, meskipun usia band sudah menjangkau 40 tahun. 

Empayar Belantara yang dibina selama 40 tahun di aspirasikan bersama spora warna yang diterjemahkan oleh Ijat (gitaris) yang kelihatan cukup bersedia dengan untaian tali temali yang berkesinambungan dengan Aziz, Haziq (drummer) pula memberikan hentakan dan ketukan yang padu yang berselang seli dengan double paddle yang meledak umpama peluru,  dan Riza (kibordis)  ‘otai’ yang banyak pengalaman sementelah bersema kumpulannya Touch malah pernah hadir dengan sebuah album berjudul ‘Cahaya’.

Tidak hairanlah mengapa ramai peminat menyifatkan muzik mereka lebih segar dan berbeza. Mereka juga dihormati kerana menerbitkan sendiri setiap album selain mencipta sendiri lagu dan lirik berbanding kebanyakan kumpulan rock era itu.

Untuk rekod Belantara pernah dianggotai Nen (dram) dan Shidi (gitar) pada 1988 serta Benson (gitar) pada 1990. Lebih menarik, ‘showcase’ ini adalah anjuran peminat mereka sendiri yang ingin melihat Belantara sukses.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page