BARASUARA ‘GEGAR’ KL, Malam Alternatif Penuh Energi Gegar 4 April Ini
Gelombang muzik alternatif bakal melanda ibu kota apabila kumpulan sensasi Indonesia, Barasuara, bersedia ‘membakar’ pentas menerusi konsert eksklusif “Barasuara Live in Kuala Lumpur” pada 4 April 2026.
Dibawakan oleh YOLO Malaysia, konsert ini dijangka menjadi antara acara paling ‘panas’ tahun ini dengan aura persembahan yang bukan sahaja bertenaga, malah sarat emosi dan magis tersendiri.
Barasuara terkenal dengan identiti muzik yang unik gabungan rock alternatif dengan susunan bunyi berlapis yang ‘berat’, namun tetap mudah melekat di jiwa. Apa yang membezakan mereka, setiap persembahan ‘live’ bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu pengalaman intens yang mampu membuat penonton ‘hanyut’ dari awal hingga akhir.

Menurut penganjur, sambutan terhadap konsert ini cukup luar biasa dengan jangkaan kehadiran peminat dari serata rantau termasuk Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei.
“Ini bukan sekadar konsert biasa. Barasuara adalah band yang wajib ditonton secara langsung tenaga mereka di pentas sangat luar biasa dan sukar digambarkan dengan kata-kata,” kata wakil YOLO Malaysia.
Malam penuh ‘adrenalin’ itu bakal dihiasi dengan deretan lagu hit yang menjadi kegilaan peminat seperti “Terbuang Dalam Waktu” dan “Pancarona”, selain beberapa karya lain yang pastinya mengundang sorakan gemuruh.
Tidak hanya bergantung kepada kekuatan muzik semata-mata, konsert ini juga menjanjikan pengalaman visual dan audio bertaraf antarabangsa. Sistem bunyi berkuasa tinggi, permainan pencahayaan dramatik serta rekaan pentas yang imersif bakal menjadikan setiap detik terasa ‘hidup’ dan memukau.
Bagi peminat muzik alternatif, ini adalah peluang keemasan untuk menyaksikan sendiri kehebatan Barasuara dalam suasana ‘live’ yang sebenar dekat, padat dan penuh jiwa.

Harga tiket yang ditawarkan adalah CAT 1 – RM168 dan CAT 2 – RM148 . Sekiranya anda adalah peminat tegar, anda juga boleh menikmati sesi Meet & Greet dengan tambahan RM30 sahaja (terhad kepada 300 peminat terawal!).
Nota: Harga tidak termasuk caj pemprosesan tiket.
Tiket rasmi hanya dijual secara dalam talian di https://www.yoloasia.com
