Band Alternative Rock KL/Selangor, Lycosa Tampil Dengan Single Terbaharu “Cahaya”

Band alternative rock tempatan, Lycosa, yang berpengkalan di Kuala Lumpur dan Selangor, kini kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Cahaya”, selepas kejayaan lagu sulung mereka “Celaru” yang dilancarkan pada Mei 2025.
Dianggotai oleh Shah (vokal), Qarl (gitar 1), Yol (gitar 2), Faizal (bass) dan Paan (drum), Lycosa membawa identiti muzik yang berteraskan emosi gelap, semangat membara, dan pergelutan dalaman, dengan pengaruh kuat daripada band-band legenda seperti My Chemical Romance, Guns N’ Roses, dan Green Day.

Menurut wakil band, Amirul atau Yol, “Cahaya” mengetengahkan tema kerinduan, harapan dan perjuangan untuk keluar dari kegelapan, menjadikannya sebuah karya yang mencerminkan sisi peribadi dan emosional band tersebut.
“Kami mahu pendengar menyelami dunia muzik kami yang jujur dan penuh jiwa. Walaupun kami masih baru, semangat kami untuk menghasilkan muzik yang bermakna tetap membara,” kata Yol.
Dengan dua single kini berada di platform digital, Lycosa membuktikan bahawa kejujuran dan semangat dalam berkarya masih mampu menembusi ruang industri moden.

Single “Celaru” dan “Cahaya” kini boleh didengari di Spotify dan YouTube melalui pautan berikut:
🎧 Spotify: Lycosa – Celaru / Cahaya
📺 YouTube: Celaru | Cahaya
Untuk maklumat lanjut atau temubual, pihak media boleh menghubungi Lycosa melalui e-mel lycosaband@gmail.com, atau menghubungi Yol di talian 011-33387501. Ikuti perkembangan terkini mereka di Facebook (facebook.com/lycosa) dan Instagram (@lycosa_my).