June 11, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur: Pertemuan Pertama Penuh Makna di Zepp KL

Spread the love

Nama Iqbaal Ramadhan sememangnya sinonim dengan pelbagai detik penting dalam dunia hiburan Indonesia, daripada fenomena boyband Coboy Junior yang mencipta gelombang pada 2011, hinggalah kepada wataknya sebagai Dilan dalam filem ikonik Dilan 1990 yang melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berkaliber.

Namun, ramai yang mungkin terlupa bahawa Iqbaal bukan sekadar seorang pelakon. Beliau juga seorang pemuzik dan penyanyi yang berbakat, seperti yang dibuktikan dalam runut bunyi filem Dilan 1990 menerusi lagu “Rindu Sendiri”.

Pada tahun 2024, Iqbaal muncul kembali dalam arena muzik bukan sebagai anggota kumpulan, tetapi sebagai solois dengan identiti baharu yang diberi nama BAALE. Membawa nuansa BritPop yang segar dan matang, BAALE menjadi ruang bagi Iqbaal mengekspresikan sisi dirinya yang paling jujur, bebas, dan autentik.

Album sulung BAALE berjudul FORTUNA dilancarkan pada Mei 2024. Mengandungi 11 buah lagu, Fortuna merupakan catatan sonik tentang fasa remaja, perjuangan menggapai impian dan merangkul kesepian  sebuah perjalanan emosi yang relevan dan menyentuh jiwa.

Kini, giliran peminat di Malaysia pula untuk menyaksikan sendiri magis BAALE secara langsung buat julung kalinya menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur, yang akan berlangsung pada 15 Jun 2025, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Dibawakan oleh Miebird Projects, konsert ini dijangka menjadi satu malam yang penuh keintiman dan kenangan manis buat para peminat yang selama ini hanya mendengar Fortuna melalui Spotify atau menonton video muzik di YouTube.

“Kami di Miebird Projects berbesar hati membawa BAALE ke Kuala Lumpur dan memperdengarkan isi Fortuna secara langsung kepada peminat. Ini peluang terbaik untuk mendekati sosok BAALE dan memahami visinya dalam muzik. Kami hanya mahu peminat berseronok dan menikmati persembahan ini sepenuhnya,” kata Idreez. J dari Miebird Projects.

Iqbaal sendiri turut berkongsi keterujaannya untuk bertemu para peminat di Malaysia:

“Senang sekali untuk pertama kalinya bisa datang ke Malaysia sebagai BAALE. Bagi saya, BAALE adalah bentuk paling jujur dari Iqbaal Ramadhan. Lewat Fortuna, saya menyuarakan kisah masa muda menghadapi kesepian dan mengejar impian. Semoga penonton Malaysia bisa lebih dekat dan terus berjalan bersama BAALE untuk karya-karya seterusnya.”

Harga tiket dan kategori untuk konsert ini adalah seperti berikut:

  • RM198 – FORTUNA (Berdiri – Zon Hadapan)
  • RM218 – MUSIM (Duduk – Bernombor)
  • RM268 – MALAM MINGGU (Duduk – Bernombor)
  • RM398 – VIP BOX (per pax; 10 pax per box)

Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi: www.ilassotickets.com

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada malam yang bakal menyatukan suara, rasa dan cerita — mungkin juga, membawa sedikit FORTUNA dalam hidup anda.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti laman media sosial rasmi @miebirdprojects di IG, TikTok dan Facebook.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page