November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Aura Dangdut, Tiga Jam Tidak Terasa

Spread the love

Oleh: AwekSamurai

Setelah 3 kali tertunda, akhirnya Konsert Milenia 2024 menemui para peminat irama ‘dangdut’ menarik nafas lega apabila konsert anjuran Mission Sight Sdn Bhd itu akhirnya di rialisasikan pada 27 Januari lalu di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang berlangsung hampir 3 jam itu turut menyaksikan kolaborasi antara penyanyi Malaysia dan Indonesia. Dengan menampilkan penyanyi dari Malaysia iaitu Amelina, Mas Idayu, Baby Shima, Ani Mayuni termasuk penyanyi Indonesia seperti Rheyna Morena, Hesty Klepek dan Thomas Arya, Konsert Milenia 2024 itu nyata memberikan pengalaman berbeza.

Bukan itu sahaja, konsert yang turut menghimpunkan lebih 1,000 peminat Malaysia dan Indonesia yang dilihat saling berpadu memberi sokongan kepada barisan penyanyi di pentas.  Apatah lagi lagu-lagu yang di persembahkan nyata mengamit nostalgia selain lagu-lagu baharu yang terus memberi nyawa kepada wirama tersebut.

Pentas terlebih dahulu ‘dipanaskan’ dengan persembahan Mas Idayu yang  lebih mesra disapa “mummy’ sewaktu ditugaskan menjadi juri pertandingan nyanyian.  Selain itu beliau juga turut terkenal dengan jolokan ‘gelekan’ 45 darjah masih lagi mampu bergelek.  2 buah lagu menjadi sandaran antaranya ialah Sengol-Sengolan dan Cintaku 100%.

Kehadiran penyanyi dari Indonesia, Rheyna Morena dengan lagu hits nya Dayuni,Ojo Dibanding Ko dan lagu cover Seperti Mati Lampu seakan menghangatkan suasana.  Lagu-lagunya sudah cukup sebati jika anda adalah pengguna Tiktok.

Bak kata orang ‘tidak lekang dek panas ,tidak hilang dek hujan’ Ani Mayuni menyambung kepanasan gelekan maut dengan lagu-lagu popularnya Sedap dan Dasar Buaya Cinta.  Ani Mayuni turut memperdengarkan single terbaharunya yang berjudul Sumpah Aku Cinta Kamu.  Khalayak yang hadir pastinya cukup bertuah apabila menjadi pendengar pertama single tersebut.

Hesky Klepek-klepek nyata turut memberikan ‘vibe’ yang lebih intim bersama penonton.  Dia turut menyampaikan lagu ‘klepek-klepek, Cikini Gondangdia dan Rungkad’. Hesky juga menjemput beberapa orang penonton untuk menyanyi dan menari bersama di atas pentas.Eric dari ‘floor 88’ juga mengambil kesempatan naik ke pentas menari dan menyanyi bersama dengab Hesky. ‘Sporting’ sungguh pengunjung malam itu.

Penonton kemudiannya ‘direhatkan’ selama 20 minit, usai berehat peminat di ‘ayak’ bersama Amelina dengan rangkaian lagu-lagu yang sudah pasti mengembalikan kenangan ketika era 90an.  Antaranya ialah Rindu, Memori Daun Pisang dan Yang Indah Yang Hangat.

Amelina turut membuat kejutan apabila menzahirkan penghargaan terhadap rakan gandingannya suatu ketika dulu, Iwan Syahman.  Ratu Dangdut itu menyatakan rasa terima kasihnya dengan menghadiahkan cenderamata kepada anak Iwan iaitu pelakon Aprena Manrose yang memberikan sokongan kepadanya apabila turut hadir menyaksikan persembahnnya.

“Hadiah daripada penganjur ini saya mahu berikan kepada anak Iwan, tanpa bapanya saya takkan berada di sini,” ujarnya.

Adrenalin penonton pastinya mengalir laju apabila Baby Shima turut memberikan ‘keintiman’ dengan seleksi lagu-lagu seperti Pura Pura Bujang, Pantun Janda dan Ikan Di Dalam Kolam.

Meskipun jarum jam sudah beranjak ke angka 11.00 malam, riak wajah khalayak masih belum puas.  Kehadiran Thomas Arya yang juga merupakan satu-satunya penyanyi lelaki yang hadir dengan nuansa muzik berbeza sedikit pun tidak menganggangu konsentrasi penonton. 

Thomas dan Baby Shima memukau hadirin dengan lagu Satu Hati Sampai Mati.  Thomas kemudiannya menghibirkan peminat dengan seleksi slow rocknya iaitu Berbeza Kasta, Bunga dan Sahara.

Konsert anjuran Mission Sight Sdn Bhd itu juga menampilkan Along Cham dan Angah Raja Lawak selaku hos yang berjaya menceriakan suasana serta penampilan band iringan yang di ‘terbangkan’ dari Indonesia, Himalaya .

Mission Sight Sdn Bhd juga berhasrat untuk meneruskan legasi Konsert Milenia dimasa hadapan atas desakkan peminat wirama dangdut di Malaysia.

“InshaAllah kita akan meneruskan konsert sebegini, khususnya irama muzik dangdut di masa akan datang, kita akan sambung dengan versi Konsert Milenia 2.0 pula memandangnya ‘jenama’nya telah pun kita bina malam ini”, ujar Jeffri Yaacob ketika sidang media usai konsert tamat.

“Kita cuba, selain dapat memartabatkan irama dangdut itu sendiri kita juga ingin membuktikan bahawa irama dangdut itu cukup ‘versetile’ sekaligus menepis tohmahan segelintir pihak yang bersikap negatif” “Alhamdulillah malam ini kami buktikan bahawa ianya adalah subjektif semata-mata.  Ternyata kesemua artis cukup profesional dan tahu batas-batas persembahan mereka”, tambah beliau yang juga Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd.

Turut hadir menyaksikan konsert Milenia 2024 adalah Datuk Seri Vida, Datuk Ifa Raziah, Ayu Damit, Kak KM, Azharina Azhar serta Syafiq Erwin. 


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page