September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Astrobase Rehearsal Space Bakal Mengadakan Acara ‘Open Mic’ Mereka Yang Pertama

1 min read
Spread the love

Astrobase Rehearsal Space dengan bangganya mempersembahkan acara mikrofon terbuka (open-mic) yang akan diadakan di premisnya esok (18 Ogos) di mana para penganjur acara itu mengatakan bahawa acara itu akan menjadi episod perintis mereka.

Menurut para penganjur acara itu, acara itu merupakan usaha mereka yang terlibat dalam pelbagai disiplin kesenian dalam menempatkan bakat dengan menyediakan ruang yang berterusan untuk dikongsi dan dipupuk.

“Ini adalah episod perintis kami yang akan disiarkan secara langsung (livestream) dari Astrobase Rehearsal Space di Shah Alam, Selangor melalui halaman Facebook kami, Astrobase Rehearsal Space, dalam masa nyata.

“Sokongan anda akan menjadi mekar kepada bakat dan kami, untuk memupuk dan seterusnya menyumbang. Akan sentiasa ada pengalaman pertama yang paling penting; dan kami adalah sebahagian daripada pengalaman yang paling penting itu.

“Kami mengalu-alukan semua bakat yang mempunyai sikap ikhlas untuk mengambil bahagian; untuk menyokong sesi open mic pertama kami, dan dengan itu, tiada kata-kata lain yang dapat kami balas selain ucapan terima kasih,” kata penganjur acara itu.

Untuk episod perintis kali ini, ianya akan dimeriahkan dengan kemunculan pemuzik dan pelakon Shidi Dead Mushroom bersama penggiat seni yang lain seperti Nabil Nazmi, Ryan Zoyd, Khairun dan Mellocinta.

Mereka yang akan menyaksikan acara itu juga bakal disajikan dengan persembahan dalam bentuk muzik secara langsung (live), deklamasi sajak dan skit komedi.

Untuk butiran lanjut dan maklumat mengenai acara atau Astrobase Rehearsal Space, sila hubungi nombor telefon bimbit +60173246376 melalui WhatsApp.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page