Art of Speed 2024: Sambutan Hebat Kustom Kulture di Selangor
Art Of Speed (AOS) 2024, acara Kustom Kulture yang ke-13, telah berjaya diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 27 – 28 Julai 2024. Acara tahun ini disambut dengan meriah selama dua hari dan terus mengekalkan tradisi dengan mengundang tetamu antarabangsa terkenal dalam genre kustom untuk berinteraksi dengan pengunjung.
Tahun ini, acara ini menyaksikan kehadiran tetamu-tetamu istimewa termasuk:
- Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii dari MOONEYES, Jepun
- Ikon drift terkenal dunia, Daigo Saito dari Fat Five Racing
- Katie’s Customs dari Jepun dengan motosikal kustom Vincent Black Shadow
- STOOP Motorcycles dari Jepun, memaparkan Harley-Davidson Panhead kustom
- EVILACT dari Jepun, mempamerkan Harley-Davidson Knucklehead EL 1947
- Nigel Petrie dari Engineered To Slide, Australia
- Spinny dari Thailand, pemenang Best European Custom Bike di Bangkok Hot Rod Show 2024
- Little Boy Cycles dari Thailand, pemenang Best of Show di Bangkok Hot Rod Show 2024
- Dino Dalle Carbonare & Alexander Iain dari Speedhunters.com, Global
- ONE LOW dari Jepun, dan banyak lagi
AOS Invitational Build-Off tahun ini menampilkan 10 pembina automotif yang bersaing untuk hadiah wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Irwann Cheng dari FNG Works dinobatkan sebagai pemenang dengan binaan RXZ Twin Boss V2 yang mengagumkan, membawa pulang hadiah wang tunai tersebut dan akan menghantar motosikalnya ke Jepun untuk 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show.
Konvensyen Pengumpul Hot Wheels Malaysia yang ke-2 juga diadakan di Dewan C, menandakan pelancaran modal die-cast eksklusif dari Mattel untuk Malaysia bersama Pengurus Pereka – Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.
AOS 2024 turut bekerjasama dengan Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen “Stop The Violence”, menghubungkan bola sepak dengan gaya hidup automotif. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hadir pada hari Ahad untuk merasmikan kolaborasi ini dan diberi lawatan khas AOS 2024.
Aktiviti tambahan AOS 2024 termasuk:
- Roda Rumble 2024 – Perhimpunan & Festival Outdoor oleh Retro Mania
- La Cultura – Majlis Penghargaan Budaya Chicano Malaysia, termasuk persembahan fesyen Cholo dan Chicano, tarian, DJ, dan banyak lagi
- Food Park – Vendor dan food trucks
- Bazar Vintaj Automobil
- Pelancaran Produk di Atas Pentas
- Test Ride Zone untuk motosikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain).
SoundCircus kali ini mengambil alih Dewan A dengan kugiran muzik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan banyak lagi.
Pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah. Pada hari Sabtu, hadiah utama ialah perjalanan berbayar ke Jepun untuk menghadiri 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2024, yang dimenangi oleh Fitri Wahyudi B Suparno. Pada hari Ahad, hadiah utama AOS 2024 ialah sebuah Honda Jazz yang telah dimodifikasi hasil kerjasama antara AOS X QARTEL TV, dimenangi oleh Muhammad Farish B Mohd Fadzil.
Kategori pemenang Best of Show untuk kereta dan motosikal turut membawa pulang hadiah pakej pelancongan sebagai Tetamu Khas ke 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show.
ANUGERAH KHAS AOS:
- BEST OF SHOW MOTORCYCLE
- Pemenang: PA’DIN MUSA – Malaysia
- Model: HARLEY-DAVIDSON SHOVELHEAD 1969
- INVITATIONAL BIKE BUILD OFF
- Pemenang: FNG WORKS – IRWANN CHENG
- Model: RXZ TWIN BOSS V2
Pilihan Tetamu Jemputan:
- MOONEYES PICK: ART GARAGE – Malaysia
- EVILACT PICK & KUSTOMFEST PICK: HILLS ANGEL – Invitational Bike Build Off – Malaysia
- STOOP MC PICK, LITTLE BOY CYCLES PICK, CHOPPAJOOP PICK, MASANARI PICK, ROUGH CRAFT PICK & BANGKOK HOT ROD PICK: PA’DIN MUSA – Malaysia
- KATIE’S CUSTOM PICK: FNG WORKS – RXZ TWIN BOSS V2 – Malaysia
- ONE LOW PICK: ASEP AHMAD ISKANDAR – ART OF SPEED FESTIVAL DIRECTOR
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.