Art Of Speed 2023 Terima Lebih 65 Ribu Pengunjung
Acara terulung Kustom Kulture, Art Of Speed (AOS 2023) yang telah berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 29 – 30 Julai lalu. Lebih daripada 65,000 pengunjung telah hadir acara 2 hari tersebut dan festival Old-Skool & Kustom Kulture ternama di Malaysia.
“AOS kali ini dibawakan khas oleh BRO ASIA yang bertemakan “Raikan Beza Mu” dimana Keterujaan maksima segala deria di Art Of Speed 2023. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pameran kenderaan kustom dari luar negara merupakan penyerlah utama di AOS 2023,” ujar En. Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus.
“Alhamdullialh AOS kini sudah berusia 12 tahun penganjurannya, terima kasih buat semua pempamer, peserta mahupun pengunjung yang menjadikan AOS sebagai sebuah jenama apatah lagi sasaran 50,000 pengunjung telah kami capai”, tambahnya.
“Sound Circus Festival 2023 merupakan festival muzik yang memberi tumpuan khusus pada genre rock punk rock dan ska yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kualiti produksi setaraf festival muzik antarabangsa bagi memastkan peminat dapat berhibur dalam suasana yang selamat”, En. Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus.
Lebih 6,000 pengunjung bertumpu ke SoundCircus yang menghimpunkan kugiran yang ulung seperti Superman Is Dead dari Bali Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu, dan Armpunk Sindicate ditampilkan. Pemenag Battle of the Band anjuran Harley-Davidson adalah Chltpdy dan akan ditaja oleh H-D untuk membuat persembahan di festival luar negara.
Sementara itu penganjuran AOS kali ini telah mendapat sokongan daripada BRO ASIA sekaligus menjadi Penaja Utama.
“Kami bangga dan teruja menerima jemputan istimewa AOSM untuk turut menjayakan acara hebat ini. Acara ini memang sesuai untuk produk kami dan juga selari dengan arah tujuan jenama kami dan juga peminat-peminat Kustom & Counter Culture,” ujar En. Roman Lai, CEO & Founder BRO ASIA.
Art Of Speed juga secara tradisi menjemput tetamu-tetamu antarabangsa yang ulung dalam ‘genre’ kustom untuk bertemu dan beramah-mesra dengan pengunjung-pengunjung AOS 2023.
Penampilan Hot Wheels telah menjadi lebih mantap lagi tahun ini. Hall B menyaksikan ‘Official Hot Wheels Collector Convention’ yang pertama di Asia Tenggara, menyorotkan aktiviti-aktiviti seperti ‘Hot Wheels Rare and Collectibles Exhibition’, ‘Hot Wheels Skate School’, ‘Hot Wheels Swap Buy And Sell’, sesi soaljawab pengumpul HW, ‘Hot Wheels Kustom Competition’ dan banyak lagi.
Turut tampil juga pereka handalan Hot Wheels, Matt Gabe dari Amerika Syarikat dan beberapa pengunjung yang bernasib baik sahaja yang dapat membeli ‘Hot Wheels Official Convention Car’ edisi terhad.
Untuk julung kalinya, Hot Wheels Legends Tour Malaysia dipersembahkan secara “LIVE” di AOS 2023. Ramai peserta telah mencuba nasib sekaligus menyukarkan para juri untuk membuat keputusan, namun Mohd Shahlan Bin Mohd Nasir dengan Proton Arena yang telah dikustomakhirnya dipilih menjadi Juara.
Turut diperkenalkan buat julung kalinya adalah acara Miss Art Of Speed 2023, ditaja oleh Cherry Bomb Pin-Up Parlour. Seramai 7 peserta telah mengambil bahagian untuk gelaran ratu Pin-Up di AOS 2023. Gelaran itu telah disandang oleh Cik Fathmanny.
Kolaborasi Art Of Speed dan VANS, menampilkan dua model kasut edisi khas dan sebuah buku kulit keras yang bertemakan 10 Tahun Art Of Speed. Ada juga kolaborasi yang lain berbentuk barangan pelbagai jenis dengan rakan-rakan lain seperti Hikari Riders, IGL Coatings Skillo, Thread Division dan Mooneyes.
Tahun ini, Kustom & Koffee Talk dihoskan oleh Danial Malek dari NoEqual.co dan beserta panelis luar negara, Winston Yeh dari Rough Craft, Taiwan dan Jap Loh dari Wicked Wallop, Singapura. Forum berkisar tentang trend dan arah aliran industri pemotoran semasa.
Selain itu AOS kali ini turut menampilkan NoEqual.co’s NEAT Fest di Hall C – pameran kereta perlumbaan bersejarah yang dipilih dari seluruh pelusuk Malaysia, Pameran Off The Grid di Hall C – memaparkan produk dan servis terbaru untuk aktiviti lasak dan aktiviti perkhemahan, Hail Vintage di Hall D, pameran dan jualan barangan koleksi vintaj dan memorabilia, Streetware Con di Hall D – mempamirkan fesyen streetwear, pelbagai vendor dan 40 penyanyi rap sekitar 2 hari AOS 2023.
Turut di adakan adalah Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival dikelolakan oleh Retro Mania. La Cultura – Chicano Culture Appreciation Gathering, menyantuni budaya dan juga memperagakan fesyen Cholo and Chicano, persembahan tarian dan DJ.
Pastinya pelbagai makanan di sajikan di Food Park dan Food Trucks yang kini ditempatkan di kawasan berteduh di besmen DG Food and Beverage. ‘Flea Market’ automotif, Pelancaran pelbagai produk di pentas utama. Sesi Pandu Uji (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph dan Harley-Davidson.
Pemenang-pemenang kategori Best of Show untuk kereta dan motosikal telah memenangi hadiah pakej pelancongan sebagai Tetamu Khas ke MOONEYES Yokohama Hotrod and Kustom Show edisi ke 31 yang akan berlangsung pada bulan Disember nanti.