February 25, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Ara Johari Syukur MJOL Juara Carta RIM Dua Minggu

Spread the love

Penyanyi berbakat besar, Ara Johari, meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya, Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL), mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar sejak dilancarkan.

Lagu ciptaan komposer dari Indonesia, Ilham Baso, itu berjaya menduduki tangga pertama carta Recording Industry Music of Malaysia (RIM) selama dua minggu berturut-turut, membuktikan popularitinya dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Ara menyifatkan kejayaan ini sebagai satu penghargaan atas usaha kerasnya bersama pasukan produksi dan menjadi pemangkin semangat untuk terus menghasilkan karya lebih baik pada masa akan datang. Dia juga gembira kerana kolaborasi pertamanya dengan komposer dari seberang membuahkan hasil yang membanggakan.

Lirik video dan audio MJOL yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu kini telah melebihi 10 juta tontonan di YouTube. Dengan sambutan luar biasa itu, Ara merancang untuk melebarkan sayap ke Indonesia bagi mempromosikan lagu tersebut. Mereka masih dalam perancangan, termasuk kemungkinan melakukan sedikit perubahan pada lagu asal untuk menyesuaikan diri dengan pasaran di sana. Jika semuanya berjalan lancar, dia dijangka ke Indonesia selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Dalam masa yang sama, kejayaan MJOL juga memberi sedikit tekanan kepada Ara dalam mencari material baharu yang mampu memenuhi jangkaan peminat. Dia mengakui proses ini agak mencabar kerana mahu memastikan lagu seterusnya lebih baik. Namun, dia tetap terbuka untuk bekerjasama dengan komposer baharu serta tidak menolak kemungkinan mencuba genre muzik berbeza.

Ara turut berkongsi keterujaannya kerana berpeluang mempersembahkan lagu MJOL di pentas besar buat kali pertama pada acara Gempak Most Wanted Award 2024 malam ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page