November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Ara Johari Luahkan Kesakitan Putus Cinta Melalui Single Baharu “Menjaga Jodoh Orang Lain”

Spread the love

Penyanyi popular Ara Johari kini tampil dengan single baharu berjudul “Menjaga Jodoh Orang Lain” (MJOL), yang menggambarkan kesakitan dan kekecewaan yang dialaminya akibat putus cinta. Lagu ini dijangka menyentuh hati pendengar yang pernah melalui pengalaman serupa.

Ara Johari, atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Binti Johari, 27, mengakui bahawa lagu berentak balada ini mempunyai keistimewaan tersendiri. “Saya jatuh cinta ketika pertama kali dengar demo lagu ini. Kebetulan ketika itu memang sedang patah hati, bila dengar lagu ini rasa sakitnya menusuk ke hati. Saya yakin sesiapa yang mendengar juga tersentuh terutama yang pernah ada pengalaman putus cinta dan bekas kekasih sudah berkahwin dengan orang lain,” ujarnya dalam satu kenyataan akhbar oleh Universal Music Malaysia.

“Menjaga Jodoh Orang Lain” (MJOL) merupakan hasil ciptaan komposer dari seberang, Ilham Baso, yang sebelum ini pernah menghasilkan karya untuk penyanyi terkemuka Indonesia seperti Judika dengan lagu “Bukan Dia Tapi Aku”. Lebih istimewa, gubahan muzik lagu ini mendapat sentuhan daripada penggubah muzik terkenal Indonesia, Adrian Rahmat Purwanto. Proses rakaman dilakukan di Bro’s Studio di Jakarta dengan bimbingan vokal daripada Bowo Soulmate.

“Saya bertuah dapat bekerja dengan pemuzik-pemuzik handal Indonesia. Ianya merupakan satu pengalaman baru dalam kerjaya seni saya. Mereka banyak bekerja dengan nama besar seperti Mahalini, Lyodra dan Keisya Levronka. Alhamdulillah urusan rakaman berjalan lancar seperti yang dirancang. Bekerja dengan mereka juga mudah dan pantas,” kata Ara.

Single “Menjaga Jodoh Orang Lain” (MJOL) yang diedarkan oleh Universal Music Malaysia ini kini boleh didengari di semua platform streaming bermula Rabu, 31 Julai 2024. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kesakitan yang diluahkan oleh Ara Johari melalui lagu yang penuh emosi ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page