September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Apa Sudah Jadi Dengan Yonnyboii

1 min read
Spread the love

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba semua gambar dan video pada setiap hantaran di akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang baru-baru ini.

Wakil Universal Music Malaysia Anne Mukhtar, dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Yonny mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya.

“Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula,” ujar Anne

Sehingga kini, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin masih senyap membisu tanpa sebarang kenyataan bagi menjelaskan perkara itu.

Sebelum ini, Yonny berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada bersamaan hari Awal Muharram.

Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu lahir secara normal di sebuah hospital di Petaling Jaya pada jam 4 pagi. Kali terakhir Yonny muncul dengan single baharu berjudul Flash & Dash, kolaborasi bersama Guccimith, sehingga mencapai 200,000 tontonan di YouTube. Lagu itu adalah hasil ciptaan bersama SonaOne dan Wolfy.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page