October 24, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Antacid Gempur Ipoh Bersama Barisan Band Underground dalam THRASH ATTACK Tour 2025

Spread the love

Ipoh bakal bergegar dengan ledakan muzik thrash metal apabila THRASH ATTACK Tour 2025 singgah di bandar ini pada Sabtu, 9 Ogos 2025. Bertempat di Insider Satellite Ipoh, acara gempak ini akan berlangsung dari 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam, menjanjikan malam penuh energi dan headbanging tanpa henti!

Konsert ini merupakan sebahagian daripada “Vexatious Imprisonment” New Album Tour oleh kumpulan thrash metal terkenal, Antacid. Dikenali dengan persembahan bertenaga dan riff gitar yang mengganas, Antacid bakal menghentam pentas dengan lagu-lagu baharu mereka yang pastinya menggetarkan jiwa peminat muzik keras.

Tidak cukup dengan itu, pentas juga bakal dikongsi bersama lima buah band sokongan yang tidak kurang hebatnya iaitu Unidentified, Piranha, Vibratory dan Slythera

Kehadiran mereka dijangka akan menaikkan suhu konsert dengan persembahan masing-masing yang penuh keghairahan dan intensiti tinggi.

Harga tiket awal (presale) ditawarkan pada RM20 dan akan berakhir pada 8 Ogos jam 12 tengah malam. Bagi yang terlepas presale, tiket boleh didapati di pintu masuk pada harga RM30. Untuk pembelian tiket presale, hubungi nombor yang tertera: 012-259 3520.

Konsert ini dianjurkan oleh Pekanmaya Records dan Kajang Metal Hunter, dengan kerjasama padu daripada penyokong acara seperti Excretion Records, DS Movement, Black Label,Hening Malam FM selaku radio rasmi dan Insider Satellite selaku tuan rumah lokasi. Radio rasmi untuk acara ini juga turut memainkan peranan dalam menghangatkan lagi kempen promosi THRASH ATTACK Tour 2025.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page