September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Animenia 2024’ Bukan Sekadar Festival Cosplay – Sharon Paul

2 min read
Spread the love

Meskipun sambutan terhadap cosplay di Malaysia tidaklah semeriah di Jepun, namun ‘fanatika’ kepada budaya tersebut tetap ada di Malaysia.  Malah kelopmpok peminatnya semakin bercambah apatah lagi pelbagai festival berkenaan ‘cosplay’  yang di anjurkan mula mendapat tempat di hati para peminatnya.

Justeru itu tidak hairanlah mengapa ianya turut ‘menjentik’ Sharon Paul untuk menganjurkan festival sedemikian, bukan hanya sebagai hobi semata tetapi mevariasikan lagi minat beliau yang telah lama berkecimbung dalam industri seni.

“Umum sedar akan penglibatan saya dalam pelbagai aktiviti yang menjerumus kepada ‘seni’, namun seni cosplay ini cukup berbeza malah saya tahu ramai penggemar animasi yang cukup menggilai watak-watak yang di ‘hidupkan’ dalam sesebuah animasi tersebut”, ujar Sharon Paul sewaktu sidang media yang berlangsung di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 19 Disember lalu.

“Berbeza dengan apa yang berlaku sebelum ini, saya turut bekerjasama dengan Jennifer Thomson untuk menganjurkan konsert orkestra, dimana lagu-lagu yang melatari animasi tersebut diterjemahkan dalam naskah orkestra”, ujarnya

Animenia 2024 yang bakal berlangsung di Jio Space Petaling Jaya pada 3 – 4 Febuari 2024 itu turut mendapat suntikan dana  daripada MyCreative Venture serta sokongan daripada Kementerian Komunikasi & Digital.

“Persembahan orkestra yang mengandungi 48 orang pemuzik itu turut  dibarisi oleh 4 orang pemuzik tradisional serta di bahagian koir pula, Elcoro Ensemble.  Selain itu peminat turut dihidangkan nyanyian daripada artis tempatan”, ujar Sharon

Penggemar anime juga berpeluang untuk menyaksikan watak-watak anime kegemaran mereka yang diinsirasikan oleh Abudora dan akan di peragakan oleh Rina Hime, Asmidar, Riko SOG, Ariel Fesol dan Nuim Mubarrak.

Animenia 2024 bukan hanya menumpukan kepada remaja malah membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak yang berumur 10 tahun untuk turut sama menunjukkan bakat mereka. 

“Pihak kami menyasarkan sekurang-kurangnya 3000 peminat cosplay dan anime yang akan hadir memeriahkan Animenia 2024.  Pelbagai aktiviti dan hadiah menanti pengunjung pada hari tersebut”, jelas Sharon.

Watak dalam siri animasi seperti Naruto Shippuden, Demon Slayer, Attack On Titan, One Piece dan sebagainya bakal diterjemahkan oleh peminat pada 3 dan 4 Febuari 2024.

Peminat boleh mendapatkan tiket di:ticket2u.com.my


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page