May 30, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Amsyar Leee Angkat Nama Malaysia di Pentas Antarabangsa Melalui Program “Sing! Asia”

Spread the love

Penyanyi muda berbakat besar, Amsyar Leee, kini mencipta nama di peringkat serantau menerusi penyertaannya dalam program realiti nyanyian antarabangsa, Sing! Asia, yang bersiaran di platform penstriman popular iQIYI sejak 23 Mei lalu.

Mewakili Malaysia, Amsyar bersaing dengan puluhan peserta berpengalaman dari negara-negara seperti China, Jepun, Vietnam, Singapura, Thailand dan beberapa lagi. Setiap minggu, peserta perlu menyesuaikan diri dengan format pertandingan yang berbeza selain cabaran menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin – satu ujian yang diakui mencabar oleh penyanyi berkenaan.

“Saya tidak fasih berbahasa Mandarin, jadi dari aspek sebutan, emosi dan penyampaian, ia menuntut usaha tambahan. Namun saya anggap ini sebagai peluang untuk keluar daripada zon selesa dan mengembangkan potensi diri,” ujar Amsyar ketika dihubungi.

Menurut Amsyar, rakaman program ini telah berlangsung sejak Februari lalu di beberapa lokasi antarabangsa termasuk China, Jepun, Hong Kong dan beberapa negara lain. Pengalaman merantau bagi menjayakan produksi berskala besar itu membuka ruang pembelajaran baharu dari aspek teknikal, terutamanya dalam bidang vokal dan persembahan pentas.

“Bekerja dengan produksi luar negara memberi banyak pendedahan dari segi profesionalisme dan perincian teknikal. Saya berbesar hati diberi peluang untuk belajar dan memperbaiki mutu persembahan secara langsung,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Amsyar turut berdepan beberapa cabaran termasuk cuaca sejuk melampau di China yang menjejaskan keselesaan dan kesihatan vokalnya, serta kesukaran mendapatkan makanan halal ketika menjalani rakaman di luar negara.

“Sepanjang berada di China, saya mengalami ketidakselesaan pada tekak yang menjejaskan suara. Dalam masa sama, saya perlu berhati-hati memilih makanan demi memastikan kesihatan kekal baik sepanjang penggambaran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amsyar turut berkongsi bahawa cabaran sebenar bukanlah semata-mata persaingan dengan peserta lain, sebaliknya perjuangan mengatasi anxiety dan ketakutan di atas pentas (stage fright) yang telah lama menghantui dirinya.

“Berdiri di atas pentas besar dengan jutaan mata yang menonton adalah pengalaman yang mendebarkan. Namun saya percaya, setiap langkah yang s

aya ambil ke hadapan merupakan satu kemenangan peribadi yang harus saya raikan,” katanya penuh semangat.

Penerimaan penonton terhadap episod pertama turut memberikan suntikan motivasi buat Amsyar, biarpun ada segelintir pihak yang mengkritik pendekatan nyanyiannya. Bagi Amsyar, setiap suara punya ruang tersendiri dalam industri, dan beliau bertekad untuk terus melangkah selagi ada sokongan dan keberanian.

“Saya mahu buktikan bahawa suara anak Malaysia juga mampu menyentuh hati sesiapa sahaja di mana-mana pelosok dunia. Misi saya adalah untuk terus membawa nama negara ke peringkat lebih tinggi melalui seni,” tegasnya.

Sing! Asia merupakan sebuah rancangan realiti baharu yang menampilkan penyanyi profesional dari seluruh Asia, dengan objektif mengangkat bakat serantau ke pentas global menerusi pertandingan yang mencabar dan dinamik


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page