April 15, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Album Terbaharu Sanggah Maut Dilancar 26 April 2025

Spread the love

Sanggah Maut kembali dengan album baharu yang akan dilancarkan dalam format CD fizikal pada 26 April 2025. Album ini menandakan kemunculan semula figura muzik underground serantau, Jumali K.K, selepas hampir dua dekad menyepi dari dunia muzik.

Sanggah Maut merupakan kesinambungan daripada projek asal beliau, Sakaratul Maut, sebuah one-man band dari Singapura yang pernah menggegarkan dunia muzik metal dengan album sulung The Land Called Mahsyar pada tahun 1998 di bawah label Candle Lights Productions. Kini, selepas menjadi warganegara Malaysia pada tahun 2023 dan menetap di Johor Bahru, Jumali K.K tampil kembali dengan nafas baharu.

Album yang diberi judul Sanggah Maut – Chapter 1 memuatkan lagu-lagu baharu termasuk single utama “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”, yang sudah boleh didengari di platform YouTube. Projek ini masih dikendalikan sepenuhnya oleh Jumali sendiri, menjadikannya sebuah karya one-man band yang cukup peribadi dan unik.

Menurut label penerbitan SMIXX, album ini akan hadir dalam edisi CD fizikal yang terhad. Mereka kini membuka tempahan awal bagi memudahkan anggaran jumlah cetakan sama ada 30, 40 atau 50 unit sahaja.

CD ini eksklusif dan terhad. Pihak label menggalakkan peminat dan distro untuk membuat tempahan awal bagi memudahkan proses rilisan. Bagi yang berminat mendapatkan album ini dalam bentuk fizikal atau untuk tujuan distro dan wholesale, boleh menghubungi pihak label melalui halaman rasmi Facebook mereka di https://www.facebook.com/SMIXX2020.

Video muzik “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” boleh ditonton di YouTube melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=Qs2Zwy73nag. Dengan usia 57 tahun, Jumali K.K kini lebih selesa menghiburkan peminat secara atas talian, namun semangatnya terhadap muzik tetap utuh. Kembalinya Sanggah Maut pastinya akan disambut hangat oleh peminat tegar muzik metal rantau ini yang masih ingat akan legasi Sakaratul Maut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page